Faris Danial Razi
Anwar
memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran
bagi memulakan
semakan kehakiman berhubung peranan Perdana Menteri
dalam
pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
"Dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja,"
kata Anwar menjawab dakwaan yang ditujukan terhadapnya.
Beliau
sekali lagi menegaskan permohonan di Mahkamah Tinggi itu adalah bagi
mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung peranan
Perdana Menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.
“Gembar-gembur politik sahaja, kita tahu ucapan-ucapan menteri terdahulu, yang jauh lebih kasar, menyerang (institusi) diraja.
“Kita ini hanya menyanggah keputusan Perdana Menteri, tidak menyentuh kedudukan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), itu pertama.
“Yang
kedua, yang harus kita juga tahu adalah kenyataan-kenyataan yang dibuat
kononnya ingin mempertahankan (institusi) diraja, sebenarnya sengaja
mengheret YDPA di sini (dalam isu ini).
“Saya
dalam memfailkan kes ini ke mahkamah, menolak daripada menyentuh
kedudukan (institusi) diraja, hanya mengatakan Perdana Menteri dan
kerajaan patut menyampaikan nasihat yang betul berdasarkan peruntukan
undang-undang dan Perlembagaan,” tegas Anwar Ibrahim.
Beliau
pada masa sama berkata, pelaksanaan darurat itu yang menjadi punca
kepada kemerosotan ekonomi negara terutama kemerosotan pengaliran masuk
pelaburan langsung asing (FDI).
Beliau
berkata demikian ketika bersiaran langsung menerusi akaun Facebook
rasminya pada malam Rabu bagi mengulas mengenai FDI di Malaysia dan isu
pengangguran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan