Bernama
MOHAMAD:
"Saya telah melihat kemunculan budaya yang tidak sihat
dalam UMNO
kebelakangan ini dalam cara kita mendesak pengunduran
presiden parti."
SEREMBAN: Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.
Timbalan
Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan mendesak
pemimpin tertinggi berundur menerusi penggunaan sepanduk dengan kata
kurang sopan dilihat bertentangan dengan adat, budaya orang Melayu dan
Islam.
"Saya
telah melihat kemunculan budaya yang tidak sihat dalam UMNO
kebelakangan ini dalam cara kita mendesak pengunduran presiden parti.
"Kita
boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana UMNO itu nilainya
demokratik, tetapi janganlah sampai ia membawa kepada sengketa yang
akhirnya memecah-belahkan UMNO. Pepatah Melayu berpesan, "Menurut Biar
Berakal, Menentang Biar Beradab"," katanya dalam hantaran Facebook
rasminya hari ini.
Semalam,
UMNO Seremban menafikan bahagian tersebut mendesak presiden parti Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dan menyifatkan tindakan
pemasangan kain rentang kononnya, daripada bahagian itu yang mendesak
Ahmad Zahid meletak jawatan merupakan provokasi pihak tertentu.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan