HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Januari 2021

Anwar saman Muhyiddin RM2juta kerana guna Agong untuk kepentingan politik

malaysiapolitik.com

 Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memfailkan permohonan saman RM2juta kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan perdana menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.

 Menurut peguamnya Ramkarpal Singh, semakan kehakiman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam adalah untuk mencabar nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan perdana menteri melalui Jemaah Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut,” kata Ramkarpal dalam kenyataan.

 Darurat digunakan Muhyiddin sebagai alasan untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri 

Anwar berharap tarikh pendengaran permohonan dapat ditetapkan secepat mungkin supaya Darurat dapat dihentikan dan Persidangan Parlimen dijalankan seperti biasa.

 Terdahulu, bekas ahli Umno dan PPBM Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman terhadap Muhyiddin dengan mendakwa beliau tidak mempunyai keabsahan untuk menasihati Agong mengisytiharkan darurat.

Hal ini kerana Muhyiddin sudah kehilangan majoriti kerusi yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

 Pada 12 Jan yang lalu, Agong memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau hingga tarikh yang lebih awal jika angka kes Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Darurat yang dijalankan telah menggantung sesi Parlimen dan membangkitkan kemarahan ahli politik parti pembangkang kerana ia diumumkan sejurus selepas beberapa Ahli Parlimen menyuarakan keputusan tidak menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 Antara Ahli Parlimen yang menarik semula sokongan kepada Muhyiddin ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Tiada ulasan: