HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Januari 2021

Cabar pengisytiharan darurat? PH hanya menyanggah keputusan PM - Anwar

Faris Danial Razi
Cabar pengisytiharan darurat? PH hanya menyanggah keputusan PM - Anwar
Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi 
memulakan semakan kehakiman berhubung peranan Perdana Menteri dalam 
pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen. - Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: "Dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja," kata Anwar menjawab dakwaan yang ditujukan terhadapnya.
 
Beliau sekali lagi menegaskan permohonan di Mahkamah Tinggi itu adalah bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung peranan Perdana Menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.
 
“Gembar-gembur politik sahaja, kita tahu ucapan-ucapan menteri terdahulu, yang jauh lebih kasar, menyerang (institusi) diraja. 
 
“Kita ini hanya menyanggah keputusan Perdana Menteri, tidak menyentuh kedudukan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), itu pertama.
 
“Yang kedua, yang harus kita juga tahu adalah kenyataan-kenyataan yang dibuat kononnya ingin mempertahankan (institusi) diraja, sebenarnya sengaja mengheret YDPA di sini (dalam isu ini).
 
“Saya dalam memfailkan kes ini ke mahkamah, menolak daripada menyentuh kedudukan (institusi) diraja, hanya mengatakan Perdana Menteri dan kerajaan patut menyampaikan nasihat yang betul berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan,” tegas Anwar Ibrahim.
 
Beliau pada masa sama berkata, pelaksanaan darurat itu yang menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara terutama kemerosotan pengaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI).
 
Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung menerusi akaun Facebook rasminya pada malam Rabu bagi mengulas mengenai FDI di Malaysia dan isu pengangguran.

Tiada ulasan: