Umavathi Ramayah
Nasiruddin
Mohamed berkata, tindakan Anwar mencabar atau mempersoalkan
Proklamasi
Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertua Agong dilihat
jelas boleh
mendatangkan perasaan tidak setia kepada Agong. - Gambar
fail Astro
AWANI
KUALA LUMPUR:
Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor (Gapenas) membuat laporan
polis di Balai Polis Bandar Kinrara, di sini berikutan kenyataan
menghasut yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri
Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook miliknya, baru-baru ini.
Pengerusinya,
Nasiruddin Mohamed berkata, tindakan Anwar mencabar atau mempersoalkan
Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertua Agong dilihat jelas
boleh mendatangkan perasaan tidak setia kepada baginda.
Menurutnya,
walaupun kenyataan itu telah dipadamkan dari laman sosial itu namun ia
telah tersebar secara meluas termasuk dilaporkan dalam portal tempatan.
"Kesalahan
dan keegoan yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah sangat
serius merendahkan moral selaku pemimpin dan menyandang jawatan penting
termasuk Ketua Pembangkang di Parlimen dengan ramai pengikut boleh
membuatkan mereka taksub dan terhasut.
"Malah
ia juga boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara," katanya
dalam kenyataan selepas membuat laporan polis di sini, pada Rabu.
Ekoran
itu, Nasiruddin menggesa polis untuk menjalankan siasatan terperinci
dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menghasut dan
diheret ke muka pengadilan.
Menurutnya,
dalam kenyataan bertajuk Anwar gesa MP (Ahli Parlimen) utus warkah pada
Agong batalkan darurat itu dilaporkan dalam portal Malaysiakini sebelum hantaran itu dipadamkan.
Pada
12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullagh Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan proklamasi darurat dilaksanakan
sehingga 1 Ogos ini sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19
di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan