Dr Puad Zarkashi
ANNUAR MUSA: UMNO AKAN LUPUT
Balik dari Langkawi, Annuar tweet minta “ceasefire”. Rupanya, dia terus membuat tuduhan liar menyerang Presiden dan UMNO.
Annuar macam Muhyiddin yang terus menyerang UMNO bila hilang jawatan parti.
Skrip dia sama. Presiden pecat dia; UMNO mahu Anwar jadi PM; UMNO bergabung dengan DAP; dan UMNO berpecah.
Sebenarnya,
tindakan berterusan Annuar menghentam Presiden dan UMNO secara terbuka
adalah supaya UMNO dilihat berpecah. Dia pelaksana game plan musuh.
Dia kata UMNO pecah tiga. Dia lupa pecah tiga
itu kerana adanya power broker sejak UMNO kalah. Ada yang mahu menjual
UMNO kepada Mahathir. Mereka jadi katak macam Hamzah and the gang.
Ada
yang tidak jadi melompat. Sekarang mahu jual UMNO kepada Muhyiddin
pula. Muhyiddin dalam video yang sudah lama viral dedahkan akan beli
pemimpin UMNO dengan jawatan Menteri dan GLC.
Justeru, apa yang Annuar Musa mahu hairankan pasal pecah tiga. Dia adalah sebahagian daripadanya.
Dalam
temu bual beliau di Mingguan Malaysia semalam, Annuar mendakwa UMNO
akan luput jika tersalah pilih pakatan di PRU 15 nanti.
Tidak
semudah itu. UMNO pernah diharam. UMNO pernah ada team A dan team B.
UMNO melahirkan beberapa parti serpihan. Bahkan UMNO juga sudah ada
pengalaman hilang kuasa. Apakah UMNO luput?
Itu sebab UMNO tidak mahu bekerjasama dengan
PPBM. PPBM jelas menikam UMNO dari belakang. Selepas 11 bulan bersama
PN, PPBM adalah kawan yang tidak jujur.
Mendendangkan naratif “No Anwar No DAP” adalah game plan
Hamzah Zainuddin, Azmin dan Muhyiddin. Ia mahu mengelirukan ahli UMNO.
Matlamatnya supaya UMNO berpecah dan UMNO tidak tinggalkan PN.
Dalam
pertemuan Ketua Bahagian pada 5.1.2021 dan Mesyuarat MKT pada 6.1.2021
tidak berbangkit pun isu Anwar dan DAP. Jelas Annuar Musa mahu UMNO
bermain dalam galeri dia.
Sebab itu Keputusan
menggugurkan Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN amat tepat. PPBM
kehilangan senjata yang boleh pecahkan UMNO dari dalam.
Jangan hairan satu hari nanti Annuar Musa akan naik pentas PPBM seperti mana Muhyiddin naik pentas DAP untuk menyerang UMNO.
Sebab itu apabila Muhyiddin mendapat perkenan YDP Agung untuk istihar darurat, Annuar mungkin bertepuk puas kononnya UMNO kena “checkmate”.
Annuar
akan terus menghentam UMNO. Dia tidak akan berhenti. Dia mencari
kepuasan diri. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan.
Tetapi Annuar juga tahu UMNO akan terus kekal wujud. UMNO adalah parti akar umbi. UMNO tidak akan mereput.
UMNO
hanya boleh dihapuskan melalui undang-undang. Pada 25 Januari ini
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan permohonan 16 orang bekas ahli UMNO
supaya UMNO dibubarkan.
Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Rayuan sudah menolak permohonan mereka. UMNO sudah pernah
diharamkan. Insyaallah UMNO tidak akan luput atau reput.Cinca
on
Tiada ulasan:
Catat Ulasan