Agensi

Penasihat
Star Publications (M) Berhad, Wong Chun Wai berkata, ada ahli
politik
sekarang mengatakan pilihan raya umum dapat diadakan, mengambil
contoh
Singapura dan Korea Selatan yang menjalankannya dengan berkesan.
KETIKA
negara masih lagi berperang dengan COVID-19 dan ribuan berusaha untuk
memulihkan ekonomi, rakyat terpaksa pula berdepan kerenah ahli politik
yang sibuk dengan cita-cita dan mengumpul sokongan.
Penasihat
Star Publications (M) Berhad, Wong Chun Wai berkata, ada ahli politik
sekarang mengatakan pilihan raya umum dapat diadakan, mengambil contoh
Singapura dan Korea Selatan yang menjalankannya dengan berkesan.
Tegasnya,
beliau tidak pasti sama ada boleh mempercayai ahli politik jika
mengambil kira keadaan yang berlaku di Sabah pada tahun lepas.
“Di
Sabah (Pilihan Raya Negeri), prosedur operasi standard (SOP) telah
diabaikan sama sekali tahun lalu. Saya mungkin yakin, dalam kes Sarawak,
yang tidak seperti Sabah, tidak dibanjiri orang asing, sekiranya
pemilihan negeri diadakan tidak lama lagi.
“Tetapi
pilihan raya umum, saya tidak pasti. Bagi ahli politik, yang berdepan
hukuman mahkamah, ini adalah soal hidup dan mati bagi karier mereka,
secara harfiah.
“Kemudian, ada mereka
yang dulu berkuasa dan sekarang ingin sekali lagi kembali menjadi
pemerintah dengan pelbagai cara,” katanya menerusi artikel disiarkan The Star pada Jumaat.
Tambahnya, prinsip politik yang dipegang selama ini nampaknya sudah semakin lenyap.
“Seperti
yang mereka (kata-kata daripada orang awam) katakan, ini adalah politik
selamatkan diri, bukan selamatkan negara dan rakyat,” ujarnya.
Katanya
lagi, semua kerja keras barisan hadapan pada bulan Mac ketika Malaysia
diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nampaknya hanya
sia-sia.
“Sejak pilihan raya negeri Sabah
pada bulan September yang lalu, keadaan menjadi semakin buruk. Keadaan
bertambah buruk dengan kes dari kilang pengeluar sarung tangan di
Selangor.
“Kemenangan yang pernah kita sebutkan sebelum ini kini tiada lagi malah kes menjadi empat angka setiap hari.
“Untuk
pertama kalinya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham
Abdullah, seorang yang rajin, tidak mengambil cuti sehari selama
sembilan bulan terakhir, telah menggunakan kata-kata seperti "breaking point" dan "pressure",” katanya.
Menurutnya, kini negara telah sampai ke tahap di mana hospital kekurangan katil untuk pesakit COVID-19.
“Bukan hanya doktor dan jururawat yang tertekan - pemandu ambulans juga sama-sama terbeban,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Komen