PN gagal kawal covid-19. Siapa kerajaan PN? Bukan sebahagian besarnya UMNO? Yang menguruskan covid-19 juga sebahagiannya adalah UMNO juga. Yang mengganggu kestabilan negara dengan pelbagai desakan politik bukan UMNO juga? Sebenarnya UMNOlah punca masalah negara.
PETALING JAYA : Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan “jangan ego” dan segera melarang perjalanan rentas negeri selama dua minggu serta melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mengekang kes Covid-19 yang mencecah 2,593 hari ini.
“Saya rasa, sudah tiba masa untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengaku gagal mengawal keadaan Covid-19. Jangan ego.
“Sudah tiba masa kita meratakan lengkungan sekali lagi sebab saya
bimbang kapasiti sistem kesihatan negara tidak dapat bertahan lagi,”
katanya dalam catatan di Facebook, malam ini.
Beliau juga kecewa dengan angka jangkitan terbaru yang direkodkan
pada hari ini, iaitu 2,593 kes dan 13 kluster baru, tertinggi setakat
ini.
“Jumlah kes Covid-19 Malaysia melepasi jumlah kes negara Honduras hari ini.
“Sejak melepasi negara China tiga minggu lalu, kita telah mengatasi Nigeria, Bahrain, Kenya, Algeria, Libya, Paraquay, Ireland, Bosnia dan Venezuela dan dengan jumlah kes terbaru ini, kita jangka Malaysia akan atasi Myanmar (127,584 kes) dalam masa dua hari lagi.”
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah
menjangkakan kes positif harian akan meningkat dalam tempoh satu hingga
dua minggu akan datang susulan rekod terbaharu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan