Astro Awani
MAS
ERMIEYATI: Kerusi Masjid Tanah pastinya komitmen yang sudah
dicurahkan,
namun semuanya saya pulangkan kepada pucuk pimpinan
sebagai calon atau
tidak. - Facebook@masermieyatisamsudin
KUALA LUMPUR:
Keputusan mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah atau sebaliknya
hanya akan ditentukan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua
Bersatu Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, mesyuarat
parti pada Rabu ini mungkin merungkai isu kerusi Parlimen berkenaan.
"Saya
masih belum dapat respons atau maklum balas. Saya baru mendapat
maklumat mesyuarat akan diadakan pada Rabu ini dan mungkin ada sesuatu
akan dimaklumkan dalam mesyuarat tersebut.
"Kerusi
Masjid Tanah pastinya komitmen yang sudah dicurahkan, namun semuanya
saya pulangkan kepada pucuk pimpinan sebagai calon atau tidak. Saya
serahkan kepada Presiden Bersatu," katanya semasa dihubungi pada Isnin.
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini
bertegas meletakkan calon mewakili parti itu untuk bertanding di kerusi
Parlimen Masjid Tanah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Katanya, penting untuk parti itu mempertahankan kerusi yang dimenangi UMNO dan BN dalam PRU14.
Sebelum
ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti
itu menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 96 kerusi Parlimen
pada PRU15 akan datang.
Jelasnya, UMNO juga akan terus mengekalkan 55 kerusi yang dimenangi pada PRU yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan