Vivi Sumanti
Usul
berkenaan dicadangkan oleh Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh,
Muhammad
Saifullah Ali semasa mesyuarat perwakilan pergerakan
berkenaan semalam. -
Astro AWANI
PASIR PUTEH:
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mengusulkan supaya
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dipecat dari
parti itu.
Usul berkenaan dicadangkan
oleh Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali semasa
mesyuarat perwakilan pergerakan berkenaan semalam.
Menurutnya,
parti perlu mengambil tindakan tegas dengan memecat keahlian Annuar
selepas beliau dilihat menjadi tali barut dan jurucakap kepada Parti
Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Perwakilan
mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuang keahlian
Annuar, kerana Annuar menjadi tali barut Bersatu, tidak menghormati
presiden parti, mendahului keputusan parti dan tidak membela UMNO,"
katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Menurut
Saifullah lagi, Pemuda UMNO Pasir Puteh juga mendesak supaya kerjasama
UMNO dan Pas dikaji semula disebabkan sikap Pas yang tidak mengutamakan
hubungan UMNO dalam Muafakat Nasional.
"Perwakilan
juga mendesak agar UMNO memutuskan segera hubungan dengan Bersatu serta
mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam suku
pertama tahun ini," katanya.
Bagaimanapun
sekiranya PRU15 tidak dapat diadakan, perwakillan mengusulkan supaya
kesemua ahli Parlimen UMNO meletak jawatan sebagai menteri atau timbalan
menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan