Hilmi Malik
Menurut
pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu, Jawatankuasa
Khas boleh
ditubuhkan sekiranya gesaan untuk mengadakan sidang
Parlimen khas hanya
bertujuan bagi proses semak dan imbang tindakan
kerajaan. - Gambar
hiasan
KUALA LUMPUR:
Tiada sebarang keperluan untuk mengadakan sidang Parlimen khas
sekiranya matlamatnya adalah untuk proses semak dan imbang berkaitan
tindakan kerajaan.
Menurut pakar
perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, penubuhan
Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas boleh dilakukan yang turut memerlukan
penglibatan pihak pembangkang.
“Jika
melihat kepada Ordinan Darurat 2021 terutamanya pada Seksyen 14, ia
jelas membenarkan sidang Parlimen ditangguhkan sehingga selepas 1 Ogos
2021.
“Sekiranya sidang Parlimen itu
dihasratkan untuk mengadakan semak dan imbang, ia bukanlah satu
penyelesaian kerana jawatankuasa lain boleh ditubuhkan.
“Penting
juga bagi menentukan siapa ahli dalam jawatankuasa tersebut dan ia
perlu mengambil kira penglibatan pembangkang bagi memastikan tindakan
kerajaan ada elemen semak dan imbang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Mengulas
lanjut, tindakan untuk meneruskan sidang Parlimen juga masih belum
jelas berhubung tujuannya, namun terdapat pihak yang mendakwa ia sebagai
tuntutan proses demokrasi yang tidak sepatutnya disekat meskipun dalam
situasi darurat.
Menurut Shamrahayu,
beliau berpendapat gesaan untuk mengadakan sidang Parlimen sewaktu
darurat lebih ke arah proses semak dan imbang, maka ia bukanlah satu
langkah yang bersesuaian ketika pandemik.
Bagaimanapun
jelasnya, segala keputusan adalah terletak di bawah budi bicara Yang
di-Pertuan Agong sebagai pemegang kuasa prerogatif (hak istimewa).
“Jika
mengikut undang-undang ia adalah budi bicara Yang di-Pertuan Agong
dalam satu keadaan di mana prerogatif Agong itu diterima pakai.
“Apa
jua bentuk tindakan ataupun strategi yang ditentukan semasa keadaan
darurat itu adalah semuanya di bawah prerogatif Agong," katanya lagi.
Baru-baru
ini wujud ketidakpuashatian beberapa pihak ahli politik berhubung
perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap proklamasi darurat.
Langkah
awal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak
menghantar surat kepada semua ahli Parlimen bagi memohon sokongan
pembatalan proklamasi darurat.
Isi
kandungan surat berkenaan difahamkan bertujuan meminta sokongan mereka
bagi menuntut kerajaan mengadakan satu sidang Parlimen khas berhubung
isu darurat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan