Israr Khalid

ANNUAR: UMNO perlu ungguli penyatuan politik Melayu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Tan Sri Annuar Musa mendedahkan bagaimana tugas yang diarahkan kepada
beliau untuk menjadi jambatan antara UMNO dan Bersatu terkandas apabila
ada kepincangan atau ‘breakdown’ dalam usaha mempertemukan pucuk
pimpinan dua parti itu.
Ketua UMNO
Bahagian Ketereh itu berkata, arahan daripada Presiden UMNO Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi ialah supaya beliau berhubung dengan Bersatu, namun
akhirnya, beliau yang dituduh menjadi duri dalam daging UMNO.
“Tidak adil kepada saya. Dalam menjalankan tugas, saya pula dituduh pro-Bersatu. Saya kata you (Zahid) tak bela saya.
“Boleh
tanya Presiden UMNO, boleh tanya Perdana Menteri, dua-dua masih hidup.
Saya nak jumpa Perdana Menteri nak merapatkan kedua-dua orang ini.
"Sehingga
saya jemput beliau datang ke rumah saya, untuk membolehkan saya jemput
presiden saya, makan berdua, supaya mereka boleh bincang masalah-masalah
parti tanpa gangguan orang lain,” katanya.
Annuar
menjelaskan, beliau menjalankan tugas untuk membawa mesej presiden,
mesej parti, serta keputusan-keputusan parti untuk disampaikan ke
sebelah pihak satu lagi sepertimana diarahkan.
Namun,
dedahnya lagi, sehingga hari ini, UMNO secara rasmi belum pernah duduk
dengan Bersatu untuk berbincang, antaranya tentang hal pembahagian
kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
“Saya dahulu bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai ahli jawatankuasa perundingan kerusi.
"Kami
teruskan berunding bersama badan perhubungan negeri, kemudian saya
aturkan perundingan dengan Badan Perhubungan Pas, tetapi dengan Bersatu
tidak pernah.
“Terakhir ialah, satu malam
Ismail Sabri pimpin rundingan dengan Pas, malam yang sama, saya pergi
berunding secara pentadbiran dengan Bersatu.
“Kerja-kerja
itu kita buat. Tetapi perundingan sebenar tak pernah berlaku, kerana
apa? Ada ‘breakdown’ antara dua pucuk pimpinan,” dedahnya.
Beliau
merasakan dalam hal ini, para pemimpin UMNO harus berjiwa besar demi
kejayaan parti yang pada hakikatnya memerlukan gandingan kerjasama dan
tidak boleh berjuang bersendirian.
Bagi Annuar, formula kemenangan adalah dengan memastikan UMNO mengungguli penyatuan dan perpaduan orang Melayu.
“Yang
saya fikir, Bersatu adalah penting untuk membolehkan UMNO menang,
sepertimana juga Pas adalah penting untuk UMNO menang, dengan cara
jangan berpecah belah.
“Saya nak juara
kepada penyatuan orang Melayu adalah parti saya. Parti saya mesti
menjadi juara kepada perpaduan politik Melayu," tegasnya.
Atas
semangat itu, katanya, UMNO berjaya membentuk persepakatan dengan Pas
menerusi Muafakat Nasional di mana beliau adalah antara yang terlibat
merangka piagamnya.
Dalam piagam itu,
katanya, telah digariskan bahawa kerjasama UMNO-Pas tidak boleh
eksklusif dan perlu menggarap penyatuan yang lebih besar susulan itu.
“Maka di situ kita bawa masuk Bersatu. Ini formula membentuk satu gagasan penyatuan politik Melayu yang kuat,” jelas Annuar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan