Faris Danial Razi

Hasnul
yang kini menjadi wakil rakyat bebas telah dipecat daripada parti
itu
selepas persidangan DUN pada 4 Disember tahun lalu. - Gambar
fail/
BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengambil keputusan
untuk memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Hasnul
Zulkarnain Abd Munaim.
Hasnul
yang kini menjadi wakil rakyat bebas telah dipecat daripada parti itu
selepas persidangan Dun pada 4 Disember tahun lalu yang menyaksikan
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar
selepas gagal mendapat sokongan percaya.
Pemecatan
itu juga difahamkan berpunca daripada tindakannya yang menyokong
Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.
Menurut
Zainol Fadzi lagi perkara itu sudah jelas berdasarkan kenyataan
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam laporan
media sebelum ini.
Bagaimanapun, Hasnul
memaklumkan bahawa beliau tidak menerima sebarang surat mengenai perkara
pemecatan tersebut dan hanya mengetahui perkara itu daripada laporan
media.
Beliau bagaimanapun menerima
keputusan itu dan tidak berhasrat untuk membuat sebarang rayuan atau
menyertai mana-mana parti ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan