Firdaus Azil

Ahmad
Zahid berkata, tiada sebarang perbincangan yang telah berlaku, baik
secara rasmi atau tidak rasmi, mengenai kerjasama politik antara dua
parti
tersebut. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR:
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pertemuan
beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya setakat
terserempak di bangunan Parlimen, atau di majlis perkahwinan sahaja.
Dalam temubual eksklusif dengan The Star,
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, tiada sebarang perbincangan
telah berlaku, baik secara rasmi atau tidak rasmi, mengenai kerjasama
politik antara dua parti tersebut.
Namun,
apabila ditanya kebarangkalian terjadi persefahaman antara UMNO dan PKR
sebelum pilihan raya umum seterusnya, Ahmad Zahid berkata, dalam
politik semuanya berkemungkinan.
“Ya
saya dan Anwar ada terserempak di Parlimen, atau di majlis perkahwinan.
Tetapi tiada perbincangan (seperti yang didakwa), baik secara rasmi
ataupun tidak.
“Bukan dengan saya, bukan
dengan Mat Hasan (Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan),”
katanya kepada akhbar berkenaan, ketika ditemubual sempena Perhimpunan
Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini.
Pada
15 Mac lepas, Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mendedahkan
wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.
Ahli
Parlimen Port Dickson itu berkata berkata, perbincangan awal berkenaan
melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan
perkembangan positif.
“(Perbincangan)
dengan pimpinan parti dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam
perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif.
Sebab kita lebih faham mereka (UMNO) dan mereka lebih faham kita,”
katanya lagi.
Menjawab
soalan jika ada pimpinan UMNO yang lain bertemu dengan Anwar berhubung
perkara berkenaan, Ahmad Zahid berkata, soalan itu patut diajukan kepada
Pengerusi PH itu sendiri.
Namun, beliau
menegaskan, UMNO tidak pernah memberi mandat kepada mana-mana pimpinan
atau ahlinya untuk membuat perbincangan berhubung isu tersebut.
“Buat masa ini, tiada perbincangan, sama ada dengan PKR, DAP, atau Pakatan Harapan,” tegasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan