Astro Awani

Johan
berkata, kerjasama itu masih belum diperincikan atau dibincangkan pada
Perhimpunan Agung UMNO minggu ini. - Foto Facebook /Datuk Hj Johan
KUALA LUMPUR: UMNO tidak menutup pintu kerjasama dengan parti lain selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Ahli
Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Johan Abd Aziz bagaimanapun berkata,
perkara itu masih belum diperincikan atau akan dibincangkan pada
Perhimpunan Agung UMNO minggu ini.
"Perkara
untuk bersama dengan parti-parti lain ini tidak diputuskan di peringkat
persidangan Bahagian, tidak timbul usul itu dan juga tidak dibawa usul
itu ke MT.
"Apa
yang kita bawa usul majoriti tidak bersama Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) dan perkara itu dibincangkan serta diputuskan.
"Tetapi
kita ada bincang jika selepas PRU, kalau mana-mana parti (kita tidak
sebut secara spesifik) yang boleh bentuk kerajaan, kenapa kita hendak
tutup pintu, tetapi perkara itu tidak diperincikan.
"Saya
fokus bersama Muafakat Nasional (MN) di Selangor, nampak impak. Andai
kata Pas terikat tidak bersama MN tetapi dengan Perikatan Nasional (PN),
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah buat kenyataan, BN
akan bergerak bersendirian. Selepas itu kita tidak bincangkan," katanya
semasa dihubungi pada Rabu.
Perhimpunan
Agung UMNO 2020 (PAU 2020) mencatatkan sejarah tersendiri kerana buat
julung-julung kalinya akan diadakan secara kombinasi bersemuka dan maya.
Ia bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dan secara maya di 190 UMNO bahagian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan