Muhafandi Muhamad
Annuar berkata proses demokrasi dalam parti mesti berjalan seperti biasa
tanpa kekalutan yang tidak diperlukan.
KOTA BHARU:
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa tidak
bersetuju dengan desakan beberapa pihak dalam UMNO yang menggesa Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri sebagai presiden parti.
Annuar
berkata proses demokrasi dalam parti mesti berjalan seperti biasa tanpa
kekalutan yang tidak diperlukan, malah menasihatkan agar pimpinan UMNO
merapatkan saf terutama pada bulan Ramadan ini serta fokus kepada tujuan
memperkukuhkan parti.
"Saya
rasa tak elok, saya tak setuju, saya fikir kita ikut apa yang ada dalam
peraturan partilah. Kalau nak berundur, itu adalah hak yang tuan punya
badan.
"Namun
bagi saya, ikut saja apa yang ada dalam peraturan parti, sehingga
sampai masa ada pemilihan, dan semua orang bebas (memilih).
"Jadi
kalau boleh dalam UMNO ini, saya fikir elok kurangkan ketidakstabilan,
kalau pengunduran itu menyebabkan ketidakstabilan pun tidak baik juga,
nanti kita tak dapat fokus tujuan kita nak perkukuhkan parti, jadi saya
fikir tidak perlulah mendesak apa-apa," kata Ahli Parlimen Ketereh itu.
Jelasnya
tempoh pemegang jawatan dalam UMNO sekarang akan tamat pada 30 Jun
depan, jadi ahli UMNO dinasihatkan agar menunggu sebelum membuat pilihan
ketika pemilihan parti.
Beliau berkata
demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan bekalan makanan
bagi penduduk di Parlimen Ketereh, di Melor, pada Khamis.
Sebelum
ini, Ahmad Zahid digesa oleh beberapa pemimpin akar umbi UMNO supaya
mengundurkan diri daripada jawatan yang disandangnya itu dan memberi
laluan kepada wajah baharu untuk memimpin parti tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan