Hasimi Muhamad
Menurut
Hamzah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu
mengikut
semua yang ditetapkan oleh perlembagaan parti tanpa apa-apa
syarat. -
Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) bersedia menerima mana-mana individu untuk menyertai kerjasama itu.
Setiausaha
Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah
Zainudin berkata, individu berkenaan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun perlu mengikut semua yang ditetapkan
oleh perlembagaan parti tanpa apa-apa syarat.
“Setiap orang mempunyai hak untuk menyertai mana-mana parti yang dia mahu.
“PN
juga adalah satu parti yang juga boleh menerima sesiapa yang mahu
mengikut segala perkara yang ada dalam perlembagaan parti tanpa apa-apa
syarat.
“Jadi ia bebas untuk sesiapa
sahaja berkata, bercakap, (memberi) pandangan, masuk keluar kerana ia
telah diberikan kebebasan dalam perlembagaan,” katanya dalam sidang
media Wacana Meja Bulat di sini hari ini.
Beliau
berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan
kesediaan untuk menyertai PN sekiranya individu yang yang bergelar
“penjenayah” tidak berada dalam gabungan parti tersebut.
Menerusi
wawancara bersama sebuah portal berita, Ahli Parlimen Langkawi itu
turut mengakui bahawa ada usaha yang dilakukan untuk membawanya
menyertai gabungan PN.
Bagaimanapun, Dr
Mahathir berkata usaha itu gagal kerana beliau tidak boleh bekerjasama
dengan beberapa 'penjenayah' yang menyokong kerajaan sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan