Astro Awani
Sng Chee Hua (gambar) dikemukakan saman muflis oleh adiknya sendiri, Sng
Chee Kian, bulan lepas. -Facebook Philip Hii
KUALA LUMPUR: Bapa kepada Ahli Parlimen Julau, Larry Sng diisytihar muflis susulan perbalahan dalam keluarga.
Menurut
laporan muflis Jabatan Insolvensi, Datuk Sng Chee Hua dikemukakan saman
muflis oleh adiknya sendiri, Sng Chee Kian, bulan lepas.
Bekas ahli politik itu kemudian diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 23 Mac lepas.
Ketika dihubungi, Larry berkata beliau ketika ini memilih untuk tidak terlibat dalam isu ini, memetik laporan The Star.
Sng Chee Hua pernah memegang jawatan sebagai ADUN Pelagus dari tahun 1991 hingga 2001.
Beliau turut menjadi Ahli Parlimen Julau dari tahun 1995 hingga 1999.
Selain
itu beliau pernah memegang jawatan penting dalam beberapa parti
politik, termasuk naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan
timbalan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Beliau dilantik sebagai ketua bahagian PKR Sarikei pada November 2018 selepas memenangi pemilihan parti.
Larry pula umum meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak serta keluar parti pada Februari lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan