HALAMAN SANTAI

Sabtu, 17 April 2021

Bekas timbalan menteri senarai 3 kegagalan keputusan buka semula sekolah

Bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung “tiga kegagalan” berkait langkah membuka semula sekolah di seluruh negara.

Dalam kenyataan, beliau berkata, wujud kekurangan maklumat penting mengenai penularan wabak Covid-19 di sekolah, dengan mendakwa sekurang-kurang 186 sekolah mengalami jangkitan sejak dibuka semula.

Beliau menggesa Kementerian Pendidikan supaya menyediakan kemas kini harian mengenai keadaan Covid-19 di sekolah dengan berkata, ibu bapa dan guru harus mempunyai akses kepada maklumat tersebut.

“Kita tidak tahu berapa ramai guru atau pelajar yang didapati positif. Kita juga tidak tahu berapa banyak sekolah dan bilik darjah ditutup.

“Jika sekolah tertentu tidak ditutup, maka kenapakah ia selamat dibuka? Apakah langkah waspada yang diambil oleh kerajaan? Apakah langkah sanitasi dan pemulihan yang dijalankan bagi memulakan operasi,” soalnya.

Ahli Parlimen Pulai itu mengecam kerajaan kerana tidak menunaikan janji untuk meminjamkan lebih 150,000 komputer riba kepada pelajar yang memerlukan, walaupun dilaporkan kumpulan pertama pelajar berkenaan akan menerimanya pada Februari.

Teo berkata, oleh sebab kini sudah bulan April, maka adalah sangat “tragis” kerana kerajaan tidak memberi respons berhubung isu komputer riba itu walaupun dibangkitkan berkali-kali.

Beliau berkata, tiada guru sambilan sementara diambil sehingga kini walaupun beberapa sekolah berdepan masalah kekurangan tenaga kerja.

Di bawah Belanjawan 2020, Ahli Parlimen DAP itu berkata, PN memperkenalkan MySTEP, iaitu projek pekerjaan sementara yang menyaksikan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan 15,000 kerja kontrak seperti jururawat, pegawai kebajikan masyarakat dan guru sementara.

“Dengan berlalunya suku penggal pertama kini, kita belum dimaklumkan mengenai angka guru sementara yang dijanjikan oleh Kementerian Kewangan?

“Guru merupakan sebahagian daripada barisan hadapan dalam usaha membantu kerajaan pulih daripada kesan pandemik ini, Malangnya sikap dan respons kita masih lemah dan acuh tak acuh.”

Tiada ulasan: