HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 April 2021

Gantung Parlimen adalah kesilapan terbesar – Shahrir

MGF30042018_SHARIR-SAMAD-WALKABOUT01
Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – Kestabilan institusi-institusi dan tidak terjejas oleh politik kepartian adalah faktor paling penting bagi ekonomi sesebuah negara.

Contoh paling mudah adalah negara Thailand, kata veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Walaupun berlaku demonstrasi jalanan tetapi institusi-institusinya, ekonomi dan politik tetap teguh.

Bagaimanapun, katanya, macam mana pelabur asing tidak geleng kepala apabila melihat dan meninjau keadaan Malaysia.

”Semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), perjanjian yang telah ditandatangani boleh diketepikan dan diubah begitu sahaja.

”Pentadbiran awam, yang juga termasuk penyiasatan dan kuasa pendakwaan, diganggu-gugat oleh kepentingan politik,” dakwanya sambil menambah perkara ini berlaku dari pentadbiran PH hinggalah kepada PN.

Shahrir mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar memberi pandangan positif kepada Kerajaan PN untuk memulihkan ekonomi dan membantu menarik pelabur asing ke negara ini.

Pandangan positif itu mampu menjadikan kerajaan sedia ada bertambah baik, sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur.

“Saya minta bekas bos saya dan kawan baik saya Datuk Seri Najib Tun Razak supaya beri pandangan positif kepada kerajaan dan mengambil daya usaha bersama untuk menarik pelabur.

“Sebab dia bekas Perdana Menteri, sudah pasti hubungan yang baik dengan pelabur-pelabur luar negara. Jadi bagi sumbangan yang boleh menggalakkan supaya pelabur datang,” katanya malam tadi.

Menurut Shahrir, kesilapan terbesar PN apabila kerajaan mengisytiharkan darurat tanpa sebab-sebab yang nyata sehingga Parlimen tergantung. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: