Abdul Hadi Che Awang
DR
MAHATHIR: Jadi kalau dia 'tekan' kuat sangat, mungkinlah (saya
bertanding lagi); kalau tidak berapa kuat, saya tak bertandinglah.
-Astro
AWANI
LANGKAWI:
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau
berkemungkinan besar akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15
(PRU15) sekiranya terdapat banyak permintaan daripada penyokong
setianya.
Menurutnya, beliau
ketika ini berada dalam keadaan serba salah memandangkan keputusan awal
yang dibuatnya sebelum ini adalah tidak mahu bertanding lagi dalam PRU
akan datang.
Tambah
Ahli Parlimen Langkawi itu, keadaan yang berlaku ketika ini adalah sama
seperti sewaktu beliau dicalonkan sebagai salah seorang calon yang
mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding di Parlimen Langkawi pada PRU
ke 14 yang lalu.
"Saya serba salah, saya tak mau bertanding tetapi orang (penyokong) asyik tekan (desak) saya (bertanding).
"(Situasi)
macam hari itu juga (semasa PRU14), pun saya tidak mahu bertanding,
tetapi orang tekan saya suruh saya bertanding juga.
"Jadi kalau dia 'tekan' kuat sangat, mungkinlah (saya bertanding lagi); kalau tidak berapa kuat, saya tak bertandinglah.
"Kalau orang datang berduyun-duyun di rumah (minta saya pertimbangkan, saya mungkin bertanding).
"(Contohnya)
hari itu pun macam tu juga. (Apabila) saya letak jawatan, dalam
seminggu (sahaja) datang beberapa rombongan minta saya do something."
Dr
Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Berbuka
Puasa dan Solat Tarawih, di Masjid Al-Ehsan Temonyong, di sini, pada
Jumaat.
Sebelum ini, bekas Perdana
Menteri itu memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya
Umum Ke-15 (PRU15) berikutan terdapat permintaan daripada penyokongnya
yang tidak membenarkan beliau bersara.
Beliau
yang pernah dua kali menerajui tampuk pemerintahan negara menegaskan,
apabila mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU15 sebelum ini, telah
mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penyokongnya.
Beberapa
bulan selepas itu, Dr Mahathir melalui menyatakan bahawa alasan usia
yang sudah lanjut iaitu bakal menginjak ke angka 96 tahun berkemungkinan
menjadi antara sebab untuk beliau tidak bertanding dalam PRU15 yang
dipercayai akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan