Fareez Azman
Shahidan berkata, sekarang bukan masa terbaik buat semua pemimpin politik
memberi tekanan kepada kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
diminta memberi pandangan positif kepada kerajaan Perikatan Nasional
(PN) demi meningkatkan ekonomi negara.
Demikian
kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan
Kassim susulan kritikan Ahli Parlimen Pekan itu terhadap kerajaan PN
yang didakwa gagal mengurus ekonomi dan COVID-19.
Ujarnya,
jika pandangan negatif terus diberikan, ia akan memberi kesan kepada
pelabur untuk melabur ke negara ini sekali gus memberi kesan kepada
rakyat.
"Itu
pandangan (Najib) bahawa (kerajaan PN) tidak urus COVID-19 dengan baik,
pada pandangan saya kerajaan dah buat baik dari semasa ke semasa.
"Punca
masalah ekonomi, kalau semua 'bantai' kerajaan, pelabur pun tidak
berani nak masuk (melabur).
Dulu PH (Pakatan Harapan) gagal tangani
ekonomi, sekarang kita urus COVID-19 dan ekonomi," katanya ketika
ditemui pemberita dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Media di Pusat
Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.
Tambah
Shahidan, rakyat perlu diberi pembelaan sewajarnya, namun ia memerlukan
kestabilan politik demi memulihkan ekonomi negara.
"Saya minta Datuk Seri Mohd Najib beri pandangan positif kepada kerajaan dan mengambil daya usaha bersama tarik pelabur.
"Dia
bekas Perdana Menteri, hubungan dia baik dengan pelabur luar negara.
Kalau kita nak ganti kerajaan baharu, kerajaan mana yang hebat boleh
ganti dengan kerajaan ini,?" katanya lagi.
Justeru
jelas Shahidan lagi, sekarang bukan masa terbaik buat semua pemimpin
politik memberi tekanan kepada kerajaan, sebaliknya mereka perlu
membantu kerajaan dalam menangani dua isu utama itu.
Terdahulu,
Najib dalam satu kenyataan mempersoalkan mengapa UMNO dan Barisan
Nasional (BN) masih berada dalam kerajaan PN yang dikritik gagal
menguruskan ekonomi dan COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan