
KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meletakkan calon yang benar-benar layak untuk memenangi kerusi yang bakal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PKR) akan datang.
Lembaga Penasihat PkR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia bagi memastikan PKR dan Pakatan Harapan (PH) mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU-14 termasuk Parlimen Permatang Pauh.
“Mana-mana yang dicalon, yang mana sesuai kita letakkan dulu untuk kita menang, itu yang penting,” katanya ketika ditemui pemberita di Signature Hotel hari ini.
Terdahulu bekas Presiden PKR itu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita dan AMK Keadilan Lembah Pantai serta melancarkan jentera pilihan raya Keadilan kawasan itu.
Hadir sama, Ketua Cabang PKR, Fahmi Fadzil.
Wan Azizah juga memberi bayangan calon-calon yang akan mewakili PKR serta PH menggunakan formula sama seperti dalam PRU-14 lalu, terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
“Sebab mereka yang bertanding ini ada calon lama, ada calon baru, ada calon yang tak dapat peluang masa dulu, kita berikan peluang kali ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan