HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Jun 2021

Khairuddin simpan ‘rahsia’ Anwar, ajak debat hal akidah Islam


Khairuddin Abu Hassan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat mengenai akidah Islam.

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan membayangkan beliau mempunyai ‘rahsia’ berkaitan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan didedahkan apabila tiba masanya kelak.

Sambil menyifatkan penyokong Anwar tidak mempunyai akidah agama, beliau turut mencabar Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk berdebat secara terbuka berkaitan umat Islam.

Pada masa sama beliau berkata umat Islam tidak menyokong Anwar bukan disebabkan politik tetapi akidah berteraskan al-Quran dan Sunnah.

Beliau dilaporkan MalaysiaKini sebagai berkata:

“Masalah orang Islam tidak boleh menyokong Anwar Ibrahim bukan isu politik tetapi ia adalah persoalan akidah agama yang berteraskan al-Quran serta as-Sunnah.

“Yang selebihnya tunggu masa ketika yang sesuai untuk saya terangkan secara terperinci kelak! Kalau boleh berdebat secara live dengan Anwar Ibrahim lagi menarik.”

Terdahulu terdapat perwakilan yang mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kongres nasional tahunan PKR parti secara maya semalam.

“Kalangan yang mendewa-dewakan pemimpin ‘homoseksual’ adalah golongan yang tidak berpegang pada syariat agama Islam yang berteraskan kepada al-Quran serta as-Sunnah.

“Saya amat hairan dengan segelintir kalangan ‘otak udang’ dari parti PKR yang tidak habis-habis cuba memfitnah dan menyerang tun dr mahathir mohamad di atas kejahilan mereka sendiri. Anwar Ibrahim dan PKR sudah tidak laku lagi,” katanya.

Presiden PKR itu pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana didapati bersalah atas kesalahan penyalahgunaan kuasa pada 1999 ketika pentadbiran Dr Mahathir.

Pada Julai 2008, beliau telah ditahan atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khairuddin yang juga penyokong kuat Dr Mahathir menjangkakan bahawa PKR akan menjadi parti yang ‘dicampakkan ke liang lahat’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

“Untuk pengetahuan si ‘keldai hingusan’ dari negeri Perak yang bernama Muhammad Araffat Varisai Mahamad; inilah malapetaka nasib yang bakal menimpa parti PKR.

“Namun, ‘keldai hingusan’ ini tidak mampu untuk buat pembacaan politik secara tepat kerana dia baru ‘setahun jagung’ masuk politik,” katanya.

Tiada ulasan: