Nur Fazlizai Ali

ASYRAF
WAJDI: Sudah ada laporan yang dibuat oleh akar umbi. Ini bukan laporan
yang dibuat oleh kepimpinan; ini bukan laporan yang dibuat oleh presiden
atau timbalan presiden. -Gambar fail
KUALA NERUS:
Tindakan menggantung keahlian individu tertentu dalam UMNO bukan
disebabkan kelantangan mengkritik mana-mana pemimpin, sebaliknya kerana
melanggar tatasusila dan disiplin parti.
Ketua
Pemudanya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua pihak boleh berbeza
pandangan mahu pun mengkritik kepemimpinan tertinggi termasuk presiden.
Menurut
Asyraf Wajdi, UMNO menggantung keahlian Exco Pemuda, Wan Muhammad Azri
Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo selama enam tahun berkuat
kuasa 27 Ogos lalu selepas didapati melanggar perlembagaan parti.
"Jadi
tak timbul soal tidak diberikan nasihat, peringatan. Sebagai ketua,
sebagai 'abang yang sulung', sudah tentu saya bertanggungjawab untuk
memberikan nasihat dan peringatan apabila mendapat laporan.
"Sudah
ada laporan yang dibuat oleh akar umbi. Ini bukan laporan yang dibuat
oleh kepimpinan; ini bukan laporan yang dibuat oleh presiden atau
timbalan presiden.
"Sudah tentu apabila adanya aduan, dia akan disiasat oleh badan bebas, lembaga disiplin adalah badan bebas," kata Asyraf Wajdi.
Asyraf
Wajdi berkata, hak sebagai seorang ahli tetap terjamin dalam
perlembagaan parti dan individu yang digantung keahlian boleh merayu
kepada Lembaga Disiplin.
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan loji rawatan air bergerak di Dataran Jeram Hulu, Kuala Nerus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan