Astro Awani

Panelis
yang terlibat dalam webinar Peneraju Perjuangan Rakyat: Kebersamaan
UPKO Dalam Perjuangan PH adalah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu. -Gambar Facebook UPKO
Malaysia
KUALA LUMPUR :
Parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak yang bergabung dengan
Pakatan Harapan (PH) boleh menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya
Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, parti-parti terbabit boleh berbuat demikian tanpa menggunakan logo rasmi PH.
Katanya, ia termasuk parti komponen baharu PH iaitu Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
“Keputusan tentang logo tidak merangkumi Sabah dan Sarawak sebab ada autonomi (dalam membuat keputusan).
“Perkara
ini akan diputuskan oleh parti Sabah dan Sarawak sendiri (sama ada
menggunakan logo parti masing-masing),” katanya ketika webinar bertajuk
Peneraju Perjuangan Rakyat: Kebersamaan UPKO Dalam Perjuangan PH di
laman Facebook UPKO pada Jumaat malam.
Webinar
berkenaan turut disertai Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad
Sabu dan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Dalam
pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berpandangan,
adalah lebih baik setiap parti politik yang sehaluan bersepakat
menggunakan satu logo sahaja pada PRU-15.
“Ini terbukti berkesan dari bertanding dalam kelompok berasingan yang mungkin juga akan mengelirukan pengundi.
“Pembangkang
mestilah ada kesepakatan dan ini juga telah dipersetujui dalam
deklarasi yang dilakukan di Port Dickson sebelum ini. Bukan PH sahaja
tetapi semua pembangkang. Kalau berpecah ia hanya menguntungkan pihak
lawan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan