Faris Danial Razi

Bukit
Aman mengesahkan pihaknya kini dalam proses memohon ekstradisi bagi
membawa pulang Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat. - Gambar
fail
KUALA LUMPUR:
Bukit Aman mengesahkan usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad
Kamaruz Zaman atau Nur Sajat telah ditangkap pada 8 September lalu oleh
pihak Imigresen Thailand.
Menurut
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil
Hassan dalam satu kenyataan, Muhammad Sajjad, 36, ditahan atas kesalahan
memiliki pasport yang tidak sah.
“Pada 9 September suspek telah dihadapkan ke mahkamah Thailand atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda.
“Suspek
turut dikehendaki di Malaysia bersabit Seksyen 9 Repot: 345/2021 di
bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam
dan Sekyen 353 Kanun Keseksaan.
“Ia kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya.
Pada masa sama, Abd Jalil mengesahkan pihaknya kini dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang Muhammad Sajjad.
Sebelum
ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap
terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan
semula kesnya tanpa sebarang sebab.
Perbicaraan itu membabitkan kesnya yang dituduh berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita pada tahun 2018 di Shah Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan