Hasimi Muhamad

Gobind
berkata siasatan terhadap dakwaan tersebut tidak sewajarnya dilakukan
secara dalaman, selain menggesa agar hasil siasatan terhadap kes
tersebut didedahkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini mempersoalkan siasatan
mengenai isu kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang
didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador
sebelum ini.
Sewaktu membahaskan usul
menjunjung kasih dan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Isnin, Gobind
berkata siasatan terhadap dakwaan tersebut tidak sewajarnya dilakukan
secara dalaman, selain menggesa agar hasil siasatan terhadap kes
tersebut didedahkan.
Beliau
dalam masa yang sama turut menyelar kenyataan Ketua Pesuruhjaya,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki yang
mendakwa isu kartel dalam PDRM adalah masalah dalaman pasukan itu.
"Saya
hendak tanya di sini adakah kesalahan-kesalahan rasuah, dan kesalahan
yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara itu (Abdul Hamid) boleh
diselesaikan secara dalaman?
"Apa
yang membawa kepada beza pegawai-pegawai polis apabila berlakunya satu
jenayah? Kenapa mereka ini diambil tindakan secara dalaman? Kalau Ketua
Polis Negara yang bawa aduan ini dan tiada tindakan, bagaimana kita ada
keyakinan dalam kerajaan?," soalnya di Dewan Rakyat, hari ini.
Media
sebelum ini melaporkan Abdul Hamid mendedahkan wujud gerakan dalam
kalangan pegawai muda PDRM yang bercita-cita menjatuhkannya serta
mendakwa gerakan itu juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel
dalam PDRM dengan hasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi
kepentingan mereka.
Mengulas lanjut, Gobind berkata sehingga kini tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung siasatan dalaman tersebut.
Dalam
masa yang sama, beliau turut mempersoalkan tindakan SPRM yang menyiasat
sendiri kes melibatkan tiga pegawainya berhubung dakwaan salah guna
kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua
jabatan.
"Bagaimana ianya boleh disiasat
oleh SPRM? Ini menjadi satu perkara yang kita lihat akan jadi kes, di
mana dinasihatkan supaya disiasat secara dalaman?
"Tuan
Speaker, ini kes yang dihadap ke mahkamah, barang kes yang telah
melalui proses mahkamah boleh lesap, dan SPRM dalam kenyataan, kata
jangan buat spekulasi.
"Kalau tiada
butir-butir, rakyat akan buat spekulasi kerana SPRM yang gagal memberi
butir-butir (berhubung siasatan)," katanya lagi.
Ahli
Parlimen Lembah Pantai (PKR), Fahmi Fadzil kemudian senada dengan
pendirian Gobind bahawa SPRM tidak sewajarnya menyiasat kes melibatkan
pegawai mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan