HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 September 2021

Lebih baik Ahmad Maslan tarik diri – Puad

Wartawan MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan wajar menarik diri dan membatalkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Speaker pada bulan Oktober nanti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, walaupun perdana menteri yang mencadangkan nama Ahmad tetapi ahli-ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mungkin kekal tidak sokongnya.

Dakwa veteran UMNO itu pengundian minggu lalu ditangguhkan kerana sokongan tidak solid.

Ini kerana, katanya, Ahmad salah seorang ahli Parlimen UMNO yang tidak sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

”Ada komen penyokong PPBM, “Kalau kau tidak sokong, kenapa kami kena sokong,” katanya.

Malah, katanya, tiada jaminan ahli-ahli Pakatan Harapan akan sokong Ahmad walaupun pembangkang akan dapat satu kuota jawatan Timbalan Speaker.

”Apakah itu kosmetik? Sebab itu lebih baik tarik diri dan jauhkan diri dari politik kosmetik,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: