Faris Danial Razi

Hannah
Yeoh meminta senarai yang ada setakat ini lebih diperluaskan
serta-merta supaya hak kebebasan bersuara lebih berlaku adil. -
fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mempersoalkan bagaimana pihak
agensi-agensi media dipilih bagi membuat liputan secara fizikal ke
Kompleks Parlimen Malaysia.
Ini kerana
jelasnya, ada beberapa agensi media yang lebih berpengaruh dan lebih
berpengalaman masih dikecualikan daripada membuat liputan dan ini
menunjukkan bahawa kebebasan media masih lagi disekat.
“Saya
ingin mendapatkan penjelasan daripada Speaker Dewan Rakyat mengenai
senarai penyiar rasmi yang telah dikeluarkan. Bagaimanakah media-media
ini dipilih?
“Bagaimana sebuah portal
dalam talian yang agak baharu seperti MalaysiaNow, boleh disenaraikan
dan bukan portal lain seperti Free Malaysia Today, The Malaysian Insight
dan The Malay Mail Online?
“Saya
mahu mengetahui apakah asas dan alasan utama Dewan Rakyat menyenaraikan
portal Malaysia now ini sedangkan terdapat lebih banyak lagi agensi dan
pengamal media lain yang jauh lebih lama beroperasi?
“Malah,
ada lagi yang lebih berpengaruh dan lebih berpengalaman, tetapi mereka
dikecualikan,” ujar Hannah dalam sesi soal jawab di Parlimen pada petang
Isnin.
Pada
masa sama, beliau meminta senarai yang ada setakat ini lebih
diperluaskan serta-merta supaya hak kebebasan bersuara lebih berlaku
adil.
“Saya mahu senarai ini diperluaskan dengan serta-merta supaya Parlimen berlaku adil kepada pengamal media.
“Ini juga penting untuk pastikan kebebasan media dijamin dan liputan media ada pada ahli-ahli parlimen pembangkang,” tambahnya.
Setakat
ini, hanya portal (tidak rasmi) Astro AWANI, TV3, Berita Harian, Sinar
Harian, MalaysiaKini, MalaysiaNow, Malaysia Nanban, Sin Chew Daily, AFP
News Agency, The Star, The Sun dan Nanyang Siang Pau yang dibenarkan
untuk membuat liputan sepanjang Mesyuarat Parlimen berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan