Hasimi Muhamad

MAHFUZ:
"Terima kasih kepada semua yang mengakui kehadiran PH tidak lagi
dilihat ancaman kepada Melayu dan Islam dalam negara kita." - Gambar
fail
KUALA LUMPUR:
Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) oleh Kerajaan dan Pakatan
Harapan (PH) baru-baru ini disifatkan sebagai mampu meredakan suhu
politik perkauman dan keagamaan yang sempit.
Ahli
Parlimen Pokok Sena (PH), Datuk Mahfuz Omar berkata memorandum tersebut
juga menyaksikan kerajaan akhirnya mengakui PH bukan lagi ancaman
kepada masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.
Sebaliknya,
PH yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara
(Amanah) dan DAP adalah penyumbang kepada kestabilan politik dalam
negara, tambahnya.
adi saya ucapkan tahniah mereka menyetujui kehadiran PH bukan lagi ancaman kepada Melayu dan Islam.
"Jadi
saya harap selepas ini khususnya untuk pilihan raya akan datang ini
jangan lagi bermain dengan isu perkauman yang sempit kerana ia boleh
mengheret kepada pertelagahan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan
agama dalam negara kita.
"Terima kasih
kepada semua yang mengakui kehadiran PH tidak lagi dilihat ancaman
kepada Melayu dan Islam dalam negara kita," katanya pada Mesyuarat
Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Pada
13 September lalu, politik Malaysia mencatat sejarah buat kali pertama
apabila kerajaan dan pembangkang menandatangani MoU dalam urusan
pentadbiran negara.
Upacara
menandatangani MoU yang dikenali Transformasi dan Kestabilan Politik itu
diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mewakili
kerajaan.
Manakala bagi pihak Pakatan
Harapan (PH) diwakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri
Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu;
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu
Progresif Bersatu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Pemeteraian
itu disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang
Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan