Astro Awani

Ketua
Pembangkang Perak, Abdul Aziz Bari menyifatkan tindakan Datuk Seri
Ahmad Faizal Azumu memulangkan semula gaji sebagai Penasihat Khas
Perdana Menteri tidak akan menghentikan pelbagai kritikan terhadap
beliau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ketua Pembangkang Perak, Abdul Aziz Bari menyifatkan tindakan Datuk
Seri Ahmad Faizal Azumu memulangkan semula gaji sebagai Penasihat Khas
Perdana Menteri tidak akan menghentikan pelbagai kritikan terhadap
Menteri Belia dan Sukan itu.
Jelasnya,
Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu sepatutnya menolak
pelantikan sebagai Penasihat Khas itu kerana pentadbiran berkenaan telah
sedia diketahui terlalu besar, tidak perlu dan hanya menjadi beban
kepada rakyat.
"Terbaharu
beliau berkata beliau akan memulangkan gaji dan elaun yang beliau
terima sebagai Penasihat Khas di bawah pentadbiran Muhyiddinn Yassin.
Tindakan tersebut tidak akan menghentikan pelbagai kritikan yang
dilemparkan kepada beliau," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum
ini, Ahmad Faizal dilaporkan mahu memulangkan keseluruhan RM27,000 gaji
diterimanya sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri selama 11 hari dan
wang tersebut akan disumbangkan kepada Tabung COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan