HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 Ogos 2008

Kedudukan Syed Hamid Albar tercabar?
Shirzad Lifeboat


Pertelingkahan yang akhirnya bertukar menjadi pergaduhan pernah berlaku di mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian. Kemuncak segalanya tentu sekali pada pemilihan yang diadakan pada April 1987 apabila parti tersebut terbahagi kepada dua kem yang saling tidak mempercayai di antara satu sama lain.

Apapun alasan proses demokrasi digunakan bagi menghalalkan perebutan sengit di kalangan mereka yang bertanding.

Beberapa hari lalu lima laporan polis telah dibuat mengenai peristiwa pergaduhan di mesyuarat beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohd Sebot polis sedang menyiasat satu daripada laporan peristiwa pergaduhan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana terdapat pihak terlibat telah menyebabkan kecederaan dengan sengaja. (Laporan Bernama).

Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar menyifatkan perjalanan mesyuarat kali ini adalah terburuk dan dibayangi oleh unsur-unsur 'kemaruk kuasa'.

Kedudukan beliau selaku Ketua Bahagian juga nampaknya sedang menerima cabaran getir dari bekas Naib Ketua Bahagian tersebut Daing A. Malik bin Daing A. Rahman yang pada awal minggu ini telah menerima kelebihan bilangan pencalonan.

Tidak begitu jelas mengapakah kedudukan Syed Hamid di Kota Tinggi perlu ditentang sedangkan beliau dikatakan telah mempamerkan prestasi cemerlang di Bahagiannya.

Apakah ini satu lagi cara sesetengah pemimpin kecil dan ahli-ahli Umno mentakrifkan demokrasi dan semangat silatulrahim Islam dalam pemilihan pucuk pimpinan parti? - mks. _

Tiada ulasan: