HALAMAN SANTAI

Sabtu, 9 Ogos 2008

Mahkamah perusahaan perintah Utusan Melayu bayar ganti rugi RM71,128 kepada wartawannya

PULAU PINANG: Mahkamah Perusahaan di sini hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd membayar ganti rugi berjumlah RM71,128 kepada bekas wartawannya selepas memutuskan pemecatan wartawan itu pada 2004 adalah tidak sah.

Jumlah itu meliputi gaji dan elaun pengangkutan yang dinikmati wartawan itu bagi tempoh 24 bulan dan ganti rugi teladan.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Mohd Amin Firdaus Abdullah juga memerintahkan syarikat itu menerima semula Norzahizan Ismail, wartawan gred H (gred 4), sebagai pekerja dengan mengekalkan kedudukan asalnya dalam tempoh 60 hari dari tarikh penghakiman dibuat berhubung kes itu iaitu pada 31 Julai, 2008.

Norzahizan dipecat oleh syarikat itu bagi tiga pertuduhan gagal mematuhi arahan yang diberikan oleh ketuanya berkaitan tugasan dan penulisan berita yang perlu dilaksanakannya.

Dalam penghakiman setebal 54 halaman, Mohd Amin Firdaus menyatakan bahawa syarikat itu gagal membuktikan ketiga-tiga tuduhan yang dibuat terhadap wartawan itu dan kesemua tuduhan itu telah memburukkan nama baik wartawan itu.

Dalam ringkasan penghakiman itu, beliau berkata, berdasarkan bukti dan hujah kedua-dua pihak yang disokong oleh undang-undang berkaitan, mahkamah mendapati pemecatan itu tidak dibuat berdasarkan kepada sebab atau alasan yang adil. BERNAMA

Tiada ulasan: