HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Mac 2009

Pemimpin Melayu perlu bersih rasuah: Nakhaie

MYMETRO


KUALA LUMPUR: Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) meminta orang Melayu beriltizam memperkukuhkan perjuangan dan memperbaiki kepimpinan bangsa dengan membersihkannya daripada semua bentuk amalan tidak bermoral terutama rasuah.

Pengerusinya Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata pembersihan itu perlu bagi melahirkan generasi yang kuat dan kembali mendokong perjuangan bangsa dengan ikhlas dan jujur.

"Pemimpin yang kuat, bersih, ikhlas dan beriltizam dengan perjuangan ini saja yang layak memimpin orang Melayu ketika berhadapan dengan cabaran besar seperti yang dihadapi negara sekarang.

"Orang yang mengamalkan rasuah tidak layak memimpin bangsa dan diberi amanah untuk membela negara," kata Nakhaie dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tiada ulasan: