HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Mac 2009

‘Panggung mini’ tayang video lucah

SINAR HARIAN


SUBANG JAYA – Sesuatu yang memeranjatkan apabila salah sebuah pusat penjualan cakera padat video yang terletak di Jalan SS15/4 di sini mempunyai sebuah bilik kecil bagi tujuan penayangan rakaman video lucah kepada pelanggan yang kemaruk mendapatkan khidmat itu.

Difahamkan, selain terletak di bahagian belakang premis, bilik kecil terbabit dikawal ketat dengan kamera litar tertutup (CCTV) oleh pengusahanya selain terdapat penjaga yang memerhati pergerakan pihak berkuasa di luar kedai.

Pengarah Penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Zulkurnain Che Ali berkata, pada awalnya pihaknya tidak meragui jenis perniagaan yang dijalankan pengusaha berikutan mempunyai lesen perniagaan alatan video yang sah.

Bagaimanapun, menurutnya, pemeriksaan rutin dibuat anggotanya membawa kepada penemuan ratusan cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) lucah pelbagai tajuk yang diletakkan di sebalik pintu yang kononnya digunakan hanya untuk ke tandas dalam premis sama.

Lebih memeranjatkan kata beliau, ketika serbuan dibuat, seorang lelaki dalam lingkungan umur lewat 50-an sedang asyik menonton video lucah dalam bilik kecil itu yang turut menempatkan sebuah kerusi dan peti televisyen .

“Ketika pemeriksaan dilakukan, penjaga kedai tidak mengakui dia bekerja di premis itu sehinggalah kami mengambil keputusan untuk memecahkan sebuah pintu mencurigakan di bahagian belakang pusat jualan video itu.

Tiada ulasan: