HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 Mac 2009

Saya bukan diperalat tapi dimanafaatkan: Pak Samad

SUARA KEADILAN


KUALA LUMPUR : Sasterawan Negara, A Samad Said berkata “Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan.”

“Dalam keadaan semasa saya melihat hanya Pas dan KeADILan yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,” kata beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

“Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa,” jelasnya.

Beliau mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu,”

“Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris,” kata Pak Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, “Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur” di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah semalam.

Sementara itu, di Kuala Lumpur Kongres Kebudayaan Melayu Ke-2 sedang berlangsung selama dua hari, bermula hari ini, dijangka meluluskan sekurang-kurangnya empat resolusi penting antara lain, menyentuh dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Empat resolusi tersebut adalah resolusi yang dibincangkan di peringkat awal oleh panitia kongres tersebut.

Kongres tersebut menyifatkan dasar PPSMI seolah-olah “menjolok sarang tebuan” dan menyentuh kesucian Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, setiausaha Gerak Mangsuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas berkata beliau tidak mahu memberi sebarang komen kerana kongres itu masih berjalan sehingga esok.

“Kita tunggu dan lihat apa yang akan mereka putuskan,” kata beliau kepada Suara Keadilan.

Tiada ulasan: