Daripada Ahmad Zaini Kamaruzzaman
NEW DELHI: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mempermudahkan urusan visa untuk kunjungan rakyat India ke Malaysia, khususnya bagi ahli perniagaan negara itu berurusan secara lebih licin dan lancar.
Perdana Menteri berkata, walaupun ada kumpulan rakyat India tinggal lebih daripada had dibenarkan, urusan kemasukan rakyat negara itu, terutama ahli perniagaan ke Malaysia perlu dipermudahkan untuk kepentingan kedua-dua negara.
"Kita akan berbincang bagi memastikan urusan visa untuk ahli perniagan diambil kira bagi memudahkan mereka ke Malaysia," katanya pada ucaptama Forum Perniagaan Malaysia-India bertajuk "Membina Perkongsian Strategik" yang dihadiri kira-kira 400 ahli perniagaan mewakili pelbagai sektor kedua-dua negara, di sini hari ini.
Najib juga mencadangkan lebih banyak destinasi penerbangan diwujudkan ke India selain bandar utama ketika ini bagi meningkatkan sektor pelancongan antara dua negara.
Selain itu katanya, kerajaan bersedia menimbang permintaan sektor perbankan India untuk mengembangkan operasi bank komersial di Malaysia.
Mengenai hubungan dua hala Malaysia-India, beliau berkata ia terjalin rapat sekian lama dan perlu dipertingkatkan supaya hubungan perniagaan di kalangan usahawan turut diperhebatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan