HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 September 2010

Isu pertukaran tanah milik KTMB diputus hari ini

BERITA HARIAN ONLINE

ISU berhubung pertukaran tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik ini dijangka diputuskan dalam pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong, hari ini.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan dua hari, dijangka diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta beberapa pegawai kanan bagi membuat keputusan akhir berkaitan tawaran Singapura.

Pertemuan hari ini berlangsung di Istana, di sini kira-kira jam 10.15 pagi, manakala mesyuarat delegasi bermula jam 11.15 pagi di tempat sama dan diikuti sidang media kira-kira jam 1.15 tengah hari.

Isu berhubung pertukaran tanah milik KTMB itu terkandung dalam pelaksanaan perkara yang dipersetujui (POA) ketika kedua-dua pemimpin bertemu pada Mei dan Jun lalu.

Pada 22 Jun lalu, Lee mengadakan lawatan sehari ke Kuala Lumpur susulan pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Singapura pada 24 Mei lalu yang mencatat kejayaan bersejarah apabila isu tanah KTMB di republik itu yang tertangguh hampir 20 tahun dan menjadi `duri dalam daging' hubungan Malaysia-Singapura, berakhir.

Ia berikutan persetujuan kedua-dua negara menubuhkan syarikat usaha sama dikenali M-S Pte Ltd bagi memajukan tanah KTMB seluas 217 hektar di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands serta tiga lot di Bukit Timah.

Tiada ulasan: