HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 September 2010

K'jaan S'gor biayai latihan untuk belia

MALAYSIA KINI


Kerajaan Selangor akan menyediakan program latihan kemahiran kepada para belia, khususnya di kawasan pinggir dan luar bandar supaya mereka berpeluang mendapat pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Program latihan yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri ini bertujuan meningkatkan kemahiran belia tempatan supaya lebih berdaya saing.

khalid ibrahim and selangor stateMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara kemahiran tersebut ialah kursus kejururawatan, gaya rambut, jahitan dan kemahiran lain yang sesuai dengan kehendak pasaran kerja.

Katanya, para beliau tersebut bakal menjalani latihan jangka pendek di pusat latihan milik kerajaan negeri seperti Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS), Yayasan Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Menurut Khalid lagi, pengumuman lanjut mengenai program latihan belia itu akan bermula selepas sambutan Aidilfitri.

“Kebanyakan pekerjaan teknikal bawahan diisi oleh pekerja asing yang sanggup dibayar dengan gaji yang rendah.

"Oleh itu, kita perlu memberi nilai tambah kepada para belia tempatan dengan menolong mereka meningkatkan kemahiran yang lebih tinggi
berbanding pekerja asing.

“Jika kita tidak mengambil tindakan sewajarnya, masalah pengangguran di kalangan belia tempatan akan berterusan dan boleh membawa masalah besar kepada negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.

Abdul Khalid berkata, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan pengerak belia peringkat pihak berkuasa tempatan

(PeBT) akan menjadi ejen kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti belia yang memerlukan latihan kemahiran tersebut.

Kerajaan negeri, tambahnya, memandang serius masalah belia menggangur tetapi pada masa yang sama tidak boleh menghentikan pengambilan pekerja asing untuk bekerja di negeri ini.

“Tenaga pekerja asing sangat diperlukan oleh pihak industri untuk mengerakkan lagi ekonomi negara terutama di Selangor. Tetapi kita tidak boleh meminggirkan tenaga kerja tempatan yang semakin ketinggalan dan bergelumang dengan masalah pengganguran,” katanya.

Tiada ulasan: