HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 September 2010

Muhyiddin cabar PKR namakan siapa sabotaj AGM cabang

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail supaya membuktikan dakwaannya bahawa pihak luaran telah mensabotaj pemilihan beberapa cabang parti itu kelmarin.

“Jika mereka ada isu atau masalah, mereka sendiri perlu memikul tanggungjawab... jangan menyalahkan orang lain.

“Itu adalah masalah mereka,” kata timbalan perdana menteri di sini hari ini.

“Saya mencabar Saifuddin agar memberikan bukti. Beritahu kami siapa dan di mana. Jika orang luar bermaksud kami (Barisan Nasional),” kata beliau.

Ditemui wartawan semalam, Saifuddin berkata kekecohan yang berlaku pada mesyuarat agung dan proses pemilihan peringkat cabang PKR di beberapa lokasi kelmarin terpaksa ditangguhkan kerana beberapa isu termasuk kerosakan kotak undi oleh orang luar.

Saifuddin berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.

“Melalui rakaman foto, petugas kami mengesahkan individu yang dikenal pasti bukan ahli parti, cuba mencemarkan imej PKR.

“Kami boleh mengesahkan wujudnya elemen provokasi kerana apa yang berlaku sama sahaja caranya iaitu kotak undi dipecahkan, kertas undi diselerakkan dan selepas itu mereka beredar,” katanya.

Anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie pula mendakwa kekecohan di cabang PKR Kapar, Klang, Kuala Langat dan Kota Raja merupakan satu pelan terancang oleh kumpulan yang sengaja mahu memburukkan imej parti.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kekecohan tersebut didalangi oleh bukan anggota parti dengan niat membuat kekacauan ketika pemilihan.

“Mereka memang dikenal pasti sengaja melakukan provokasi termasuk mengganggu proses pemilihan, merampas kertas dan kotak undi serta menyerbu ke dalam dewan,” katanya.

Shuhaimi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, mendakwa kumpulan itu merancang pelan itu lebih awal dan mahu menunjukkan pemilihan PKR itu tidak telus dan tidak teratur.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno mengulangi pendiriannya bahawa masalah yang dihadapi PKR dalam mengendalikan pemilihan adalah bukti parti itu tidak melakukan apa yang dikatakan khususnya apabila bercakap mengenai keterbukaan, ketelusan dan demokrasi.

“Apabila saya membaca kenyataan-kenyataan oleh calon-calon yang disekat dan kenyataan panjang lebar Zaid Ibrahim di Utusan, adalah jelas, walaupun mereka berjuang untuk keadilan, tetapi mereka adalah parti yang tidak adil,” kata beliau lagi.

“Mereka melarang, mereka menghalang. Mereka tidak memberi kebebasan (kepada calon),” kata Muhyiddin sambil menambah, parti komponen Pakatan Rakyat ini dikawal oleh dua atau tiga puak.

18 ulasan:

Anak Sabah berkata...

PKR perlu menangani krisis dalaman dengan cara mereka sendiri. Rakyat akan menilai cara mereka mengambil tindakan.

Tanpa Nama berkata...

dalam hal ini, masalah yang dihadapi oleh PKR perlulah diselesaikan oleh mereka sendiri. mereka adalah bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan berjalan dengan lancar dan tenang.

Tanpa Nama berkata...

apa yang berlaku dalam PKR adalah dari kepimpinan PKR sendiri, PKR harus menyelesaikan sendiri masalah mereka. tak perlu nak libatkan pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

ahli sendiri yang buat dituduhnya pihak lain pula. lepas ni mula la PKR main tuduh2 untuk mengalihkan perhatian rakyat atau sekurang2nya dapat mengelirukan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

rakyat malaysia dihiburkan dengan pelbagai masalah dan kekecohan sehinggakan menjadi tanda tanya kita?? Benarkah parti ini yang hendak mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia?. kekecohan ini telah mengizinkan seluruh rakyat malaysia mentertawakan perlakuan yang tidak bertamadun menghiasi proses pemilihan pimpinan ketua yang mereka mahu pilih.. semuanya kerana terlalu gilakan pengaruh dan kuasa.

Tanpa Nama berkata...

cerita ini wajib disebarkan untuk mencerminkan bagaimana rakusnya perebutan kuasa dalam sebuah parti yang sedang menuju kehancuran. semoga rakyat malaysia akan lebih celik untuk melihat sendiri, inilah rupa dan tingkah laku pimpinan yang baru dapat memerintah negeri dengan pakatannya dan sedang bekerja kuat mahu memerintah negara kita..

Hamdan Hadillah berkata...

Kalau betul, tunjukkanlah bukti yang kamu ada itu. Jangan asyik dengan hobi PR iaitu tuduh dan fitnah saja. Kita mahu tengok bukti yang dikatakan oleh Saifuddin.

Hamdan Hadillah berkata...

yang saya hairan lagi, macammana dia tahu itu bukan ahli mereka, sedang ahli ini sangat ramai dan mustahil untuk memastikannya dan megenali ahli-ahli. Jadi kita dapat nampak disini PKR cuba untuk mengalihkan masalah dan keburukkan mereka kepada BN. Supaya rakyat berpandangan salah terhadap BN. Buat apa BN mahu ganggu pemilihan cabang PKR, bukan ada kaitan dengan BN pun. Kita dapat nampak sudahkan macammana PKR sekarang.

Sanih Alias berkata...

Kita sendiri tidak tahu kebenaran dalam hal ini. Kenapa PKR mahu menunding jari ke arah parti lain pula. adakah PKR sendiri tidak mahu membongkarkan angkara parti sendiri. PKR cakap bukan dari parti mereka, jadi dari mana?PKR haruslah terima kenyataan, Kalau ada bukti yang dikatakan oleh PKR silakan tunjukkan kepada rakyat. Bnarkah kata-kata itu atau hanya sebaliknya. Politik dikatakkan.

Jason berkata...

Nampaknya PKR suka betul menyalahkan orang lain. Mana buktinya yang orang luar tersebut adalah orang BN?

Unknown berkata...

Pandainya PKR menuduh pihak lawan mereka untuk mengalihkan rakyat. Rakyat tidak begitu bodoh untuk mempercayai tuduhan tersebut.

Unknown berkata...

Strategi senang saja, bila BN ada masalah, PKR dituduh. Bila PKR ada masalah, BN dituduh. Susah nak percaya mana 1 yang betul walaupun jelas perpampang di mukasurat surat khabar. Tetapi rakyat bijak, tak perlu permainan suratkhabar atau media2 lain untuk memperbodohkan mereka, sebaliknya dengan melihat sendiri hasil (output)daripada pemerintahan. Tak perlu cakap panjang, yang penting nampak.

azman berkata...

PKR seharusnya menangani apa yang berlaku dalam parti mereka dan jangan menyalahkan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

kekecohan dalam PKR bukan disebabkan pihak luar, ia adalah dari sikap kepimpinan PKR sendiri yang tidak telus dan adil, PKr harus selesaikan sendiri masalah mereka. jgn menuduh pihak luar sebagai dalang, jika benar, nyatakan siapa yang dimaksudkan.

Unknown berkata...

Strategi senang saja, bila BN ada masalah, PKR dituduh. Bila PKR ada masalah, BN dituduh. Susah nak percaya mana 1 yang betul walaupun jelas perpampang di mukasurat surat khabar. Tetapi rakyat bijak, tak perlu permainan suratkhabar atau media2 lain untuk memperbodohkan mereka, sebaliknya dengan melihat sendiri hasil (output)daripada pemerintahan. Tak perlu cakap panjang, yang penting nampak.

kb girl berkata...

Betul kata TPM. Jika PKR ada bukti menyokong kenyataan mereka, mereka harus berani mengumumkan siapa yang sabotaj AGM cabang.

Lucas berkata...

Its human nature; human tend to blame others for their own failure or fault, in order to divert the attention to others so that he/she can get away with it...this law also applied to politics; own blunders, blame others.....

Unknown berkata...

PKR harus membongkar nama orang yang dikatakan membuat sabotaj.