HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 September 2010

Muhyiddin dakwa Anwar buat ‘dosa kering’

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR– Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia merupakan satu dosa kering.

Laporan Jakarta Post kelmarin memetik Anwar sebagai berkata, media Malaysia dan Umno perlu dipersalahkan ke atas suasana tegang antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar bukan seorang pemimpin sejati kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatanya, malah sanggup berkata apa sahaja serta merosakkan imej negara hanya untuk meraih keuntungan politik.

“Apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah satu bukti beliau bersedia untuk berbohong dan berbuat sesuatu yang boleh rosakkan imej negara hanya untuk kepentingan dan tujuan politik dia sahaja,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di Jakarta yang menuduh media Malaysia yang menggalakkan persepsi negatif terhadap Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri sebelum itu menyampaikan ucap utama pada forum International Herald Tribune di sini.

Muhyiddin berkata media di Malaysia merupakan institusi yang bertanggungjawab dan tidak mengeksploitasi isu-isu.

Beliau berkata Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik di semua peringkat dan perasaan anti Malaysia yang timbul kebelakangan ini adalah dicetuskan oleh satu kumpulan kecil.

Mengenai kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan liwat melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia, Muhyiddin berkata Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.

“Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita.

“Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini tetapi ini bukannya disebabkan oleh kerajaan,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau berharap Branson akan sentiasa melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan dan bagaimana beliau dapat membantu Malaysia menarik lebih banyak pelaburan.

Katanya beliau yakin pendapat Branson itu bukan bertujuan untuk mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya bertujuan membantu inisiatif Malaysia.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setiap warganegara Malaysia sepatutnya berusaha menjaga imej negara dan bukannya memberikan gambaran negatif tentang negara kita kepada masyarakat luar.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan kes Anwar akan diselesaikan sebaik mungkin.

Tanpa Nama berkata...

kenyataan Anwar jelas menjejaskan imej negara, dia tak patut berbuat demikian. Anwar sebegai rkyat Malysia perlu menjada imej negara dan berusaha menjaga hubungan baik Malaysia dgn negara lain.

Tanpa Nama berkata...

mungkin selepas ini Anwar akan mengelilingi dunia untuk melancarkan misi memburukkan Malaysia. beliau tidak ada cara lain merampas kerajaan setelah gagal ditempat sendiri. jika beliau memiliki ciri2 seorang pemimpin, beliau tidak akan melakukan perkara ini semata2 untuk kepentingan politik. sebenarnya masih banyak pendekatan yang beliau boleh gunakan untuk meraih sokongan rakyat tanpa memburukkan Malaysia di luar negara.

Tanpa Nama berkata...

jika PR menerajui kerajaan dan jika Anwar menjadi PM, tidak mustahil negara akan jatuh jauh lebih teruk. mereka tidak mampu menarik pelabur dan tidak mampu membangunkan negara sepertimana yang berlaku di negeri2 PR. lihat saja kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR, semua itu bakal menjadi pertimbangan rakyat. mungkin disebabkan PKR/PR telah hilang sokongan, maka Anwar menggunakan kaedah lamanya untuk memberi tekanan kepada Malaysia yang mana seterusnya akan memaksa rakyat untuk menukar kerajaan.

Unknown berkata...

Kes Liwat Anwar harus diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan nama Malaysia tercemar di mata pelabur.

Jason berkata...

Anwar will do and say anything just to win the election without thinking long about the consequences of his action.

Mahsiran berkata...

sebagai seorang yang berkuasa seharusnya menjaga nama baik negara dan bukannya memburuk-bukkannya. Sungguh memalukan anwar yang kalah dalam negara, terus pergi keluar negara untuk memburukkan negara sendiri kerana kalah.

Mahsiran berkata...

Anwar bertindak dengan sesuatu yang tidak berotak. Anwar memang tidak dapat mengalahkan BN jadi beliau telah ke Indonesia untuk meminta bantuan dengan memburukkan kerajaan sekarang. Kita boleh fikir sendiri apa tindakkan yang anwar lakukan. Adakah orang sebegini boleh dijadikan pemimpin?asal ada masalah keluar negara minta dikasihani. Tidakkah ini memalukan negara kita. Ibarat negara kita Malaysia ini tidak ada maruah tersendiri.

Hamdan Hadillah berkata...

Inikah ciri-ciri pemimpin? yang mengalah dengan memberikan khabar memburukkan negara sendiri. Patutkan seorang pemimpin yang dibanggakan memburukkan kerajaan dan negara dimata negara luar.

azman berkata...

Anwar sepatutnya menjaga nama baik Malaysia dan bukannya melakukan sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

Anwar sebagai rakyat Malaysia seharusnya menjaga nama baik negara kita, jika begini sikap dia, dia tak layak menjadi rakyat Malaysia.

kb girl berkata...

Demi nama baik Malaysia, jangan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan reputasi negara.

orangkampong berkata...

Semua pemimpin politik begitu....
Malah kadang-kadang kata dulang paku serpih; kata orang dia yang lebih !.

Kenapa takut sangat dengan Anwar ?. Dia tu kan cuma ketua pembangkang ?

Unknown berkata...

Semua rakyat Malaysia bertanggung jawap mempertahankan reputasi negara tidak kira dimana jua kita berada.