HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 September 2010

Pakatan Rakyat tidak akan mampu tawan Putrajaya, kata Presiden Gerakan


tsu koon Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak akan hilang sokongan undi Melayu jika Umno menolak Perkasa sekaligus mampu menghalang usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang, kata Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika diminta mengulas amaran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa Umno akan hilang undi Melayu jika Perkasa disisihkan.

"Itu hanya pandangan peribadi beliau," kata Koh kepada pemberita selepas merasmikan forum perpaduan kebangsaan anjuran NGO.

"Pakatan tidak akan menang kerana perbezaan ideologi DAP dan PAS. DAP tidak akan pernah bersetuju dengan cita-cita PAS membentuk negara Islam," katanya.

Beberapa pemimpin Umno sebelum ini mengingatkan kepimpinan tertinggi supaya menjauhi Perkasa yang dilihat mereka sebagai halangan usaha BN untuk meraih sokongan kaun bukan Bumiputera.

Namun Dr Mahathir yang mempertahankan bahawa Perkasa ditubuhkan akibat kegagalan Umno mempertahankan kedaulatan Melayu berpendapat desakan itu sebagai cubaan bunuh diri.

Sementara itu, Koh berpendapat pertubuhan seperti Perkasa akan hilang peranannya apabila masyarakat mula berfikiran terbuka dan lebih berpelajaran.

"Cara penyelesainnya adalah menentang golongan berfikiran ekstrkimis ini dan tekankan masalah ekonomi rakyat," katanya.

Katanya, apa yang lebih penting sekarang bagi komponen BN adalah fokus kepada kekuatan perpaduannya dan lebih memahami antara satu sama lain.

Beliau juga mengkritik proses pemilihan jawatankuasa PKR pusat yang melihatkan beberapa pemimpin itu bertelagah sesama sendiri.

"PKR sebelum ini mengkritik parti lain. Sekarang mereka perlu cermin muka sendiri," katanya.

13 ulasan:

madd berkata...

PR mempunyai perbezaan ideologi dikalangan mereka. BN pula perlu terus berusaha keras jika ingin terus mentadbir negara.

Anak Sabah berkata...

Memang bagus kalau berkeyakinan. Tapi jangan terlalu yakin dan angkuh, ingatilah cerita arnab dan kura-kura.

Mahsiran berkata...

Pertahankan kedudukkan BN dimata rakyat. Kita percaya dengan kata-kata Presiden Gerakan. BN tetap kuat di Putrajaya.

mandau berkata...

PKR mmg takkan mampu menawan putrajaya, dikalangan PKR sendiri mempunyai perbezaan ideologi dan masalah dalaam yang serius, BN pula kni makin kukuh. BN akan terus berada di Putrajaya.

Unknown berkata...

Apa-apa pun, pastikan semua parti bersaing secara bersih dan adil.

Bujang Senang berkata...

Keyakinan ini memberikan semangat BN untuk meneruskan mempertahankan Putrajaya. BN haruslah sentiasa mengambil perhatian terhadap rakyat jika mahu rakyat menyanjungi BN.

Tanpa Nama berkata...

jadikan kekecohan dalam pemilihan PKR ini sebagai iktibar dan jangan sekali2 mengikuti jejak langkah yang sama. tidak perlu juga terlalu yakin sedangkan parti sendiri masih lagi tertanya2 sejauhmana mereka telah membela dan menyumbang kepada rakyat dan negara. yang penting teruskan usaha dan manfaatkan insiden yang berlaku dalam pemilihan PKR ini sebagai kelebihan persaingan.

langsat berkata...

PKR tidak akan mampu menawan Putrajaya. Bagaimanapun UMNO/BN jangan terlalu yakin kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku sebaliknya bersiap sedia dalam menghadapi cabaran ini.

mantra berkata...

BN mmg masih lagi kuat dan kukuh di Putrajaya, namun, BN jgnlah terlalu leka, mereka perlu bersedia menghadapi PKR.

amy berkata...

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. - BN

samm berkata...

BN memang masih lagi kuat. tapi BN jangan sesekali lalai dan BN perlu sentiasa berkhidmat kepada rakyat jika ingin terus menjadi pilihan rakyat.

kb girl berkata...

BN jangan terlalu sombong dan angkuh. Buat masa ini, sukar bagi kita meramal keadaan sebenar.
Saipa yang dapat tawan hati rakyat, dialah yang akan tawan Putrajaya.

Unknown berkata...

Misi yang sangat susah. Selesaikan masalah dalaman dulu.