| Harakahdaily |
| KAMPAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak hari ini memulakan gerakan mencari tiga remaja perempuan dari Taman Sentosa, dekat sini yang dilaporkan hilang sejak 2 Syawal lepas masih belum dijumpai.
Turut serta beberapa pimpinan PAS Kawasan Kampar dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Tapah, Kampar dan Teluk Intan. Pemuda PAS Perak dalam pertemuan bersama ahli keluarga remaja tersebut merakamkan rasa simpati di atas apa yang berlaku dan berharap mereka tabah, bersabar dan memperbanyakkan doa agar anak-anak mereka segera ditemui dan kembali ke pangkuan keluarga dengan segera. Kehilangan tiga remaja itu telah dilaporkan oleh media arus perdana dan usaha masih diteruskan bersama polis bagi menjejaki mereka. Pemuda PAS negeri turut melancarkan gerakan bagi membantu mencari remaja yang hilang itu dengan mengedar poster gambar mereka kepada orang ramai. Menurut Penolong Setiausaha Pemuda PAS negeri, Safarizal Saleh, arahan juga telah diberikan kepada seluruh Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan untuk turut membantu mengesan remaja yang hilang tersebut terutamanya di Pasir Salak, Teluk Intan,Tapah dan Kampar. “Pemuda PAS amat mengharapkan agar seluruh masyarakat turut sama mencari dan mengesan remaja yang hilang itu. Sesungguhnya setiap manusia tidak dapat hidup dengan sendiri tanpa bantuan dan sokongan dari semua pihak,” ujarnya. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 20 September 2010
Pemuda PAS Perak bantu cari remaja hilang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan