HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 September 2010

Perkauman Tajaan Umno Semakin Galak Di Bawah Pentadbiran Najib

SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Pentadbiran setahun jagung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memperlihatkan tahap ketegangan antara kaum dan agama serta sentimen perkauman yang jauh lebih membimbangkan daripada lima Perdana Menteri sebelum ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sambutan kemerdekaan tahun ini sepatutnya memberikan rasa bangga kepada semua rakyat Malaysia dengan slogan '1Malaysia Menjana Transformasi' tetapi pada hakikatnya prestasi Najib pada tahun pertama memegang jawatan amat mengecewakan.

"1Malaysia Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan oleh kerajaan Januari lalu menyatakan tujuan 1Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia lebih bagus, produktif dan berdaya saing dan akhirnya menjadi negara yang lebih baik di mana setiap warga Malaysia akan mendahulukan Malaysia sebelum bangsa dan agama masing-masing.

"Tetapi kesemua ini jatuh merudum apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin berkata beliau seorang Melayu dahulu, kemudian baru Malaysia. Anehnya, tiada Menteri dalam Kabinet yang menyuarakan penentangan,' kata Kit Siang.

Kata beliau, GTP 1Malaysia juga menyatakan Malaysia telah memilih satu pelan yang unik dengan menitikberatkan pelbagai kaum dan memastikan keadilan untuk semua kekal seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Malaysia.

Tetapi kata beliau, tajuk utama berita sejak 24 jam lalu telah membuktikan keadaan sebaliknya seperti,'Perkasa menggesa mengekalkan pengetua yang berucap menghina kaum lain', 'Perkasa mahu semua warga bukan Islam dilarang memasuki masjid dan surau', 'Ibrahim Ali mendesak tindakan tegas diambil ke atas Teo kerana memasuki surau'.

"Semua ini tidak langsung mencerminkan 1Malaysia yang didakwa dibangunkan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, dan melalui pelbagai undang-undang, polisi, Rukunegara, Visi 2020 dan Misi Kebangsaan," tegas Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Beliau menjelaskan minggu lalu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal konsep Bangsa Malaysianya sendiri semasa melancarkan Visi 2020 pada 1990 dan sembilan matlamat utamanya apabila beliau cuba menyamakan meritokrasi dengan unsur perkauman.

Katanya lagi, retorik terbaru ialah apabila Najib mengisytiharkan 'zero tolerance for racism' (tiada toleransi untuk perkauman) tetapi tidak ada pun tindakan diambil terhadap pengetua sekolah sehingga kini, dan slogan itu akan berakhir sebagai tema kosong sahaja.

"Slogan 'zero tolerance for corruption' (tiada toleransi untuk korupsi) juga akan berakhir sebagai sesuatu yang retorik, memandangkan korupsi semakin berleluasa, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula gagal mengambil tindakan setiap kali laporan diberi yang menyebabkan SPRM hilang segala penghormatan yang diberi oleh rakyat.

"Ke mana Malaysia setelah 18 bulan adanya 1Malaysia oleh Najib?," tanya Kit Siang lagi.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gagasan 1Malaysia memerlukan penglibatan semua pihak untuk memastikan ia tercapai, ia adalah gagasan yang dpt menyatukan penduduk Malaysia.

Sanih Alias berkata...

Harap rakyat lebih memahami maksud sebenar 1 Malaysia, ini bukan gagasan yang hanya suka-suka, tapi untuk rakyat malaysia yang pelbagai bangsa dan kaum. Semua ini akan menjadi baik sekiranya Pakatan rakyat bersatu dengan kerajaan, tapi ini sebaliknya memcuba untuk menghasut rakyat yang bukan-bukan.

lisa berkata...

1Malaysia is a good concept and every Malaysian should give their full support to make the 1Malaysia a successful one.

Logop berkata...

Malaysia is a racial country. One should always respect one another race and religion. Any racism behavior should taken legal action by the government.

Mahsiran berkata...

Ini bukan salah Gagasan tapi kerjasama dari semua pihak yang menyebabkan perkara ini berlaku. Apa yang penting sekarang, mari kita sama-sama menyokong kerajaan. Harap gagasan 1 Malaysia ini akan dapat menyatukan rakyat yang perlbagai kaum ini.

Tanpa Nama berkata...

gagasan 1Malaysia adalah untuk menyatukan masyarakat Malaysia, ia adalah jln penyelesaian kepada perpecahan kaum yang timbul. semua rakyat harus bekerjasama dalam mencapai gagasan ini.

Anak Sabah berkata...

NGO seperti Perkasa juga menganggu pencapaian 1 Malaysia. Saya rasa mereka sama-sama racis tanpa menghiraukan perasaan warga negara bukan Melayu.

Tanpa Nama berkata...

tidak ada dalam konsep itu bertujuan untuk memburukkan keadaan. semua kebaikan hilang entah kemana, yang muncul hanya keburukan, semua disebabkan oleh pertarungan politik. minda rakyat menjadi mangsa oleh ahli2 politik yang suka melemparkan fitnah dan memutarbelitkan kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

yang penting setiap dasar, konsep atau program dilaksanakan seperti yang dirancang. pelaksanaan akan menentukan sejauhmana keberkesanannya. kita juga tidak dapat pastikan sejauhmana parti2 pembangkang mampu melaksanakan dasar atau konsep mereka kerana mereka lebih gairah merampas taktha kerajaan berbanding dengan masalah2 rakyat.

azman berkata...

semua pihak sepatutnya sama-sama berusaha dalam memastikan keharmonian negara ini terus terpelihara. kerajaan telah berusaha dan semua pihak harus sama-sama menyokong agar kita semua menjadi lebih bersatu.

azman berkata...

konsep 1Malaysia sebenarnya konsep yang amat baik untuk diamalkan. setiap rakyat Malaysia haru berusaha untuk mengamalkan konsep 1Malaysia dalam kehidupan masing-masing.

Unknown berkata...

PM harus berdiri tegah dengan pendirian beliau dan tidak berganjak dengan tekanan ngo yang menghalang hala tuju pentadbiran beliau.