HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 September 2010

Reezal mahu jadi ‘hero’ baru di Pulau Pinang

Mohd Sabri Said

BUKIT MERTAJAM: Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kononnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan RM100 kepada warga emas hasil wang judi sengaja ditiupkan untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Pesuruhajaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man berkata, sebenarnya isu itu sengaja dimainkan untuk mencari publisiti murahan untuk menonjolkan dirinya 'hero' baru Umno di Pulau Pinang setelah beberapa orang hero lama kini sudah patah sayap.

"Reezal Merican sengaja cari publisiti murahan untuk meningkatkan pengaruhnya bagi dilihat hero baru Umno di Pulau Pinang. Cubaannya untuk menggantikan Tun Abdullah di Parlimen Kepala Batas makin ligat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir berpendapat Umno bakal menurut ‘kematian’ MCA dan Gerakan Pulau Pinang tidak lama lagi.

“Maka sebab itu kepimpinannya terpaksa melakar sejarah terakhir supaya menjadi kenangan anak cucu,” ujarnya ketika berucap sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri PAS Bukit Mertajam di halaman Pasti Alma Jaya, semalam.

Ujarnya, justeru itu jentera PAS dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia berganding bahu menyusun pelbagai program dan agenda untuk rakyat bagi menggantikan Umno.

"Apa yang Umno lakukan untuk mengembalikan sokongan ditolak rakyat. Sokongan orang Cina dan India jelas berpatah arang cuma Melayu saja yang masih berdolak dalik.

“Namun tidak mengapa, biar Umno cipta isu yang akhirnya makan diri. Bila makan diri, pasti parti itu jadi macam MCA dan Gerakan yang amat lemah di negari ini berbanding dulu begitu agresif," ujarnya. Lagi.

Beliau percaya selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, Umno akan kehilangan pengaruh sekaligus melenyapkan impian untuk terus berkuasa di Malaysia.

2 ulasan:

Paquin berkata...

Saya harap ahli akademik tahu apa yang perlu mereka lakukan :)

Paquin berkata...

oppss sori salah post:P