HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 September 2010

Umno akan gagal transform ekonomi

Nazri Abdullah
KUALA TERENGGANU: PAS berpendapat hasrat Perdana Menteri mahu mentransformasikan ekonomi melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) lebih bersifat angan-angan dan agak bertentangan dengan realiti semasa urustadbir negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biarpun hasrat itu murni namun kepincangan urustadbir, ketelusan, rasuah dan ketirisan dibawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dilihat penghalang utama mencapai hasrat tersebut.

"...keadaan semasa urustadbir dan ketelusan pihak Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di ketika ini sebenarnya adalah merupakan satu halangan besar terhadap impian membawa negara ke ekonomi yang lebih kompetetif dan berdaya saing.

"Ini adalah kerana persekitaran kerakusan rasuah dan ketirisan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi masih berleluasa serta ketelusan urus tadbir kerajaan yang masih berada di takuk lama malah semakin buruk adalah merupakan halangan terbesar yang gagal dihadapi oleh kerajaan pimpinan Umno BN sejak puluhan tahun di negara kita ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Selain itu, campurtangan politik dalam urustadbir juga memburukkan lagi keadaan sehingga pelabur semakin tidak yakin dengan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Hubungan Luar (CFR) yang berlangsung di New York, semalam mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Malaysia.

Najib dalam ucapannya itu menjelaskan satu paradigma baru yang perlu dilakukan oleh Malaysia sebagai keperluan untuk menyesuaikan Malaysia dengan persekitaran global untuk bersaing dengan pasaran China, India dan Vietnam.

Bagaimanapun bagi PAS, harapan dan hasrat Najib itu sesuatu yang sukar jika kerajaan pemerintah sekarang tidak diubah.

Menurut Abdul Hadi lagi, PAS tidak terperanjat dengan pengumuman terbaru Laporan Daya Saing Dunia tahun 2010/2011, Forum Ekonomi Dunia yang mana Malaysia terus jatuh ke tempat 26 daripada 139 buah negara.

Untuk rekod dalam laporan sama 2009/2010 Malaysia di tempat 24 dari 133 negara dan dalam tahun 2008/2009 Malaysia di tempat 21 dari 134 negara.

"Keputusan ini juga sudah dijangka oleh PAS, malah oleh para penganalisa pasaran berdasarkan rekod buruk Malaysia dari segi ketelusan dan urus tadbir korporat," tambahnya lagi.

14 ulasan:

samm berkata...

sebelum mengkritik kerajaan BN, PAS sepatutnya melihat kelemahan pentadbiran sendiri dahulu. lihat saja isu air di Kelantan yang menunjukkan kelemahan PAS dalam pentadbiran.

Tanpa Nama berkata...

semua pihak seharusnya bekerjasama dalam meningkatkan ekonomi negera kita.

polemic berkata...

Before that, PAS should take a good look at Kelantan first & see how they manage their economy...does they manage it well?

Bujang Senang berkata...

Inilah masalah segelintir parti yang suka menjaga tepi kain orang sedangkan diri sendiri tidak sedar. Harap PAS jangan mahu menilai UMNO, sedangkan negeri sendiri tengok apa berlaku.

Tanpa Nama berkata...

kenapa PAS tidak dedahkan kedudukan baik Malaysia dalam bidang2 penting seperti indeks hak perundangan, bersama2 dengan Hong Kong dan Singapura, kedudukan tinggi mengenai kekuatan melindungi pelabur (menduduki tempat keempat selepas New Zealand, Singapura dan Hong Kong), mengenai Ringgit yang kini pada tahap tertinggi dalam masa 13 tahun iaitu pada paras RM3.11 bagi setiap US dollar...

Anak Sabah berkata...

Niat kerajaan transform ekonomi amat dihargai. Tapi, untuk berbuat demikian, usaha yang banyak diperlukan.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan kerajaan akan meningkatkan usaha untuk mencapai transformasi ekonomi untuk negara. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak juga diperlukan.

Tanpa Nama berkata...

PAS pun tidak tahu apa punca sebenar daya saing negara merosot. yang mereka tahu puncanya rasuah.... itu saja ka yang PAS tahu? bagaimana dengan pendidikan tinggi, latihan, institusi, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi? semua itu menjadi kebimbangan kepada negara dan perlu diperbaiki. jangan hanya tahu menggunakan isu rasuah sebagai punca kerana jika PAS berjaya menghapuskan rasuah, itu bukan satu jaminan untuk daya saing negara meningkat. masih banyak faktor lain yang menjadi punca kemerosotan ini termasuklah peranan pembangkang..

zam berkata...

usaha kerjaan untuk memajukan ekonomi negara merupakan pekara baik. maka sepatutnya setiap kita memberikan komitmen dalam pekara ini. jangan hanya tahu mengkritik tapi tidak pula menyumbangkan idea.

Unknown berkata...

Sebelum mengkritikan BN, PAS perlu tengok parti sendiri. Nampaknya, PAS lebih rajin membuat kritikan daripada menyelesaikan masalah sendiri.

Unknown berkata...

No matter how much the PAS critic BN, in the end it's up to the people to decide who to vote.

POP berkata...

Peluang haruslah diberikan. Semua pihak haruslah bekerjasam untuk memajukan ekonomi kita.

kb girl berkata...

Tanpa ketelusan dan kecekapan dalam urus tadbir kerjaan, transformasi ekonomi tidak akan berjaya.

Unknown berkata...

Untuk transform ekonomi negara, kita perlu kerja-sama dari setiap rakyat Malaysia.