HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 September 2013

Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya

 


 

Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan  gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.

"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

NONEBagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",

Tiada ulasan: