ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Allahyarham Datuk Harun Taib akan diingati sebagai seorang
ulama yang benar-benar membela agama sepanjang hayatnya, kata bekas Naib
Presiden ABIM, Profesor Datuk Dr Sidek Baba.
Beliau berkata, Harun adalah individu yang tegas dan lantang bersabit isu-isu agama serta perjuangan PAS.
"Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham kerana perginya seorang tokoh.
Di akhir-akhir hayatnya, beliau amat bertegas dengan isu kalimah Allah
dan memang tepat sekali pendirian beliau itu bahawa kalimah Allah ini
adalah eksklusif untuk umat Islam," katanya kepada Antarapos ketika
dihubungi.
Harun sebelum ini digeruni banyak pihak lantaran tegurannya bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Beliau tetap bertegas kalimah itu ekslusif untuk umat Islam sahaja
meskipun Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang berkata kalimah itu boleh
digunapakai bukan Islam.
Harun juga amat kritis kepada kerjasama PAS dan dua parti kompenan Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR.
Beliau pernah mengusulkan agar PAS memikirkan semula kerjasama politik
dalam Pakatan Rakyat, semasa Multaqa Ulama PAS di Perlis tahun lalu.
Allahyarham yang berusia 71 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, jam 12.10 malam.
Allahyarham merupakan pemimpin politik PAS di kawasan DUN N22 Manir,
Kuala Terengganu dan merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan
Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.
Jenaza dimandi dan disembahyangkan di Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembik
dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan persendirian keluarganya di
Kampung Padang Ujib, Manir, jam 11 pagi, pada Sabtu.
"Saya percaya akan ada umpanya (arwah Datuk Harun Taib). Datuk Harun
Din (Timbalan Musyidul Am Pas) juga mempunyai pendirian yang sama, Tuan
Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat) juga serupa, dan saya
fikir ada banyak lagi," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan