HALAMAN SANTAI
Isnin, 26 Mei 2014
Bank Rakyat nafi kontrak Sabbaruddin Chik ditamatkan akibat campur tangan menteri
Sabbaruddin mendakwa kontraknya tidak disambung kerana campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berhubung perjanjian pinjaman bernilai RM40 juta.
"Kami ingin menjelaskan tiada penamatan kontrak diputuskan oleh ahli lembaga pengarah kami.
"Untuk pengetahuan, kontrak pengerusi (Sabbaruddin) luput pada 8 April 2014," kata Bank Rakyat dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Bank Rakyat bagaimanapun tidak menafikan dakwaan Sabaruddin mengenai campur tangan Hasan yang menyaksikan kontraknya tidak disambung.
Bank Rakyat diletak di bawah pengawasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di mana Hasan merupakan menteri.
Dalam kenyataan itu lagi, Bank Rakyat menjelaskan tidak mengenakan faedah kepada pelanggan memandangkan mereka menggunakan sistem perbankan Islam.
"Untuk pengetahuan, Bank Rakyat menggunakan mekanisma kewangan Islamik di mana elemen faedah tidak timbul. Bagaimanapun keuntungan akan dikenakan ke atas khidmat kewangan yang diberikan kepada pelanggan," kata Bank Rakyat.
Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri. Hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?".
Sabbaruddin mendedahkan seorang individu menggunakan jaringan politik bertemu dengan Hasan bagi melangsaikan baki pinjaman bernilai kira-kira RM32 juta dengan Bank Rakyat tanpa faedah.
Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".
"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.
Beliau berkata keengganan memberikan penyelesaian mudah tersebut sebagai punca Hasan tidak menyambung kontraknya.
"Kami ingin tegaskan, semua pembiayaan kewangan dan pembayaran semula oleh pelanggan meliputi semua elemen tersebut (elemen keuntungan dan kos pentadbiran).
"Setakat pengetahuan pihak bank, tiada pembiayaan kewangan dan pembayaran semula yang diluluskan bank tanpa keuntungan dan caj kos pentadbiran," kata Bank Rakyat.
Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Hasan gagal kerana beliau sekarang ini berada di luar negara atas urusan kerja.
Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan